Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengingatkan masyarakat umum agar tidak terleka dengan isu-isu terkini sehingga melupakan isu-isu sebelumnya yang melingkari kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Bidasnya, masih banyak isu-isu yang masih belum PH selesaikan bahkan menambah isu untuk dialihkan perhatian rakyat.
“Dalam sibuk membicarakan isu Zakir Naik, Utusan Malaysia dan Jalur Gemilang dipasang terbalik, jangan sesekali kita lupa terhadap isu-isu yang masih belum selesai.
“Kes semburit Menteri Ekonomi PH, isu Exco Dap Perak yang dituduh merogol amah, kes bunuh ahli bomba Adib di depan kuil, kes bunuh Syed Danial di jalan raya, kes hina Nabi Muhammad SAW oleh Wendy Loong.
“(Begitu juga) kes hina tentera dan penjawat awam oleh ‘funder’ PH-Dap, isu kegagalan PH tunai janji nak tutup Lynas dan isu tentangan Dong Zong terhadap tulisan jawi,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim itu dalam satu hantaran di Facebook.
Malahan katanya, rakyat digesa agar jangan lupa penipuan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya wang bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dirompak.
“Dan banyak lagi isu lain yang nampaknya cuba dialihkan. Itu saja saya nak ingatkan,” tambahnya lagi.
Related Posts :
Update Bagaimana 88,000 Tan Sampah United Kingdom Boleh Ada Di Malaysia? >> Berita Malay 18
Penyiasatan oleh divisyen Greenpeace mendapati sampah-sampah harian, yang dieksport dari Britain sebagai barangan kitar semula - rupannya … Read More...
Update [Video Najib pulang, Irwan Serigar bermalam di lokap SPRM] >> Berita Malay 18Rabu, 24 Oktober 2018
Najib pulang, Irwan Serigar bermalam di lokap SPRM
Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Ser… Read More...
Update [Video Irwan Serigar ke SPRM naik Myvi] LAWAN TEMBERANG Pas! Li Yongbo bekas jurulatih badminton miliki 30 hektar ladang durian di Kelantan! Aik, bukan pak lebai tak suka cina kapiaqkah? >> Berita Malay 18Rabu, 24 Oktober 2018
Bekas jurulatih bulu tangkis China, Li Yongbo kini menjadi pemilik ladang durian di Kelantan yang seluas sehin… Read More...
Update HANYA 38 daripada 222 Ahli Parlimen hadir sidang petang, malam tadi >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 15 Safar 1440H, Rabu – Kehadiran Ahli Parlimen ke sidang Dewan Rakyat sekali lagi dibangkitkan malam tadi apabila ramai… Read More...
Update Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah antara pemimpin yang menjadi tumpuan di ibu pejabat Sur… Read More...