Update Jutawan Pro PH Buat U-Turn Minta Maaf Hina Bendera Malaysia >> Berita Malay 18



Tindakan tidak beradab TS Lee Kim Yew, pemilik Country Height dan Mines Resort menukarkan warna putih kepada warna hitam jalur bendera Malaysia amat dikesali. Warna putih pada jalur gemilang membawa maksud kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan Rakyat yang beradab dan berkeperibadian Malaysia.

Sebagai seorang yang telah berjaya dalam perniagaan di bumi Malaysia, tindakan beliau menonjolkan sifat hina beliau dan sifat tidak tahu mengenang budi. Tidak munasabah untuk orang seperti beliau tidak tahu implikasi kerja 'bodoh' seperti itu. Beliau memang sedar dan tahu. Beliau juga memang tahu akibatnya. Tapi beliau mahu tunjukan pada masyarakat sifat kurang adab beliau. Memang ini disengajakan untuk menunjukkan penghinaan beliau pada bendera Malaysia.

Perlukah sampai kena rosakkan bendera negara, Jalur Gemilang? Jalur putih ditukar menjadi jalur hitam. Besar sangatkah 6 muka surat tu? 6 dari 164 muka surat buku teks Bahasa Malaysia! Isinya apa? Hanya 5 Simpulan Bahasa, 6 huruf Jawi untuk ditekap, 10 minit sesi pengajaran, hanya 4 kali setahun! Meroyan teruk sangat kenapa?

Jika ini kerja orang gila, kita boleh maafkan. Tapi jika pelakunya orang seperti beliau yang mempunyai kedudukan dan diberikan berbagai penghormatan oleh negara, kita tuntut supaya semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan pada beliau ditarik balik. Ini bukan isu kaum atau agama. Ini isu penghinaan pada Malaysia.

Subscribe to receive free email updates: