Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, buat julung kalinya Tadika Muslim Kreatif (Little Caliphs Kempadang) di sini hari ini mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62.
Pengurusnya, Nurul Nabila Afifa Ab. Razak berkata, seramai 160 murid terlibat dengan mengayakan pakaian dan menyanyikan lagu-lagu patriotik pada program sambutan berkenaan.
Katanya, usaha tersebut bukan sahaja dapat mengumpulkan kanak-kanak berkenaan bagi menghayati bulan kemerdekaan namun secara tidak langsung menanamkan rasa cinta terhadap tanah air sejak kecil.
"Banyak aktiviti menarik yang mereka lakukan antaranya pertandingan mewarna dan pakaian patriotik kreatif.
"Mereka juga didedahkan dengan kerja secara berpasukan yang dapat mengeratkan hubungan antara pelajar tadika menjadi simbolik kepada pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu," katanya kepada Utusan Online hari ini.
Nurul Nabila berkata, generasi cilik berkenaan harus mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran globalisasi yang semakin canggih.
“Mereka perlu melengkapkan diri dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.
“Oleh itu, kanak-kanak ini harus memahami dan menghayati sejarah perjuangan negara bagi mencapai kemerdekaan serta menjamin keamanan dan kemakmuran negara,” katanya.
Related Posts :
Update Kagum dengan budak ini. Hebatnya dia >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Tun Mahathir~ Majlis Penasihat India Malaysia Pesta Ponggal Vannier] PAS mahu tubuh Kabinet berbeza untuk Islam, bukan Islam. >> Berita Malay 18Ahad, 4 Februari 2018
PAS mahu tubuh Kabinet berbeza untuk Islam, bukan Islam
Hadi Awang hari ini mengatakan jika PAS memerintah akan ada … Read More...
Update [Video Berita palsu: Kerajaan janji bincang dengan semua] Tak Serik2 BOHONG! PM orang pertama perlu disiasat sebar berita palsu, kata Tony Pua. >> Berita Malay 18Ahad, 4 Februari 2018
PM orang pertama perlu disiasat sebar berita palsu, kata Tony Pua
Awal minggu ini, Perdana Menteri (PM) Datuk… Read More...
Update Perakuan ROS bukti DAP bersih >> Berita Malay 18
Syajaratulhuda Mohamad Rosli
4 Februari 2018
Sinar Harian
Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)
GEORGETOWN - Keputusan yang dibuat Jaba… Read More...
Update [Video Pemuda Umno lempar memo ke muka MP DAP & Nurul Izzah DI BALING BATU DAN TELUR di Lembah Pantai!] ‘Umno celaka’ bukan menghasut, kata mahkamah & BERITA PALSU-Media Kerajaan dan Pemimpin Umno lebih DAHSYAT melakukannya. >> Berita Malay 18Ahad, 4 Februari 2018
‘Umno celaka’ bukan menghasut, kata mahkamah
RSN Rayer (dua dari kanan) memeluk Gobind Singh Deo di Mahkamah Sesyen … Read More...