Update Muat Turun Modul Asas Penggunaan Portal "Digital Learning" KPM >> Berita Malay 18

Imej via Raihan Jalaluddin's Blog
Google Classroom adalah produk google yang menghubungkan dengan akaun  gmail, drive, hangout, youtube dalam satu platform. Kemudahan yang disediakan google classroom akan memudahkan guru dalam melaksanakan kegiatan pembelajaran.

Pembelajaran yang dimaksudkan bukan hanya di dalam kelas sahaja, malah juga di luar kelas kerana kemudahannya untuk dicapai di mana-mana peranti.
Setelah FrogVLE diberhentikan perkhidmatannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), platform untuk guru-guru berkongsi atau menggunakan teknologi internet dalam PdP tidak terhenti begitu sahaja. Dengan penggunaan Google Classroom, harapan dan impian KPM untuk melihat guru dan murid celik IT dapat diteruskan.
Imej via Raihan Jalaluddin's Blog
Oleh yang demikian, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi merealisasikan impian ini. Ini termasuklah usaha daripada guru-guru pakar membangunkan modul bagi tujuan tersebut. Cikgu Raihan Jalaluddin melalui laman blog popular beliau telah berkongsi manual dan panduan Google Classroom bagi kemudahan bersama.

Kepada yang berminat dengan modul tersebut, boleh muat turunnya di pautan di bawah:

Muat Turun: 

Berikut kami kongsikan beberapa slide di dalam modul tersebut:
Muat Turun: 

Subscribe to receive free email updates: