Update Pelancaran FWD Takaful Berhad Di Malaysia, Tidak Sia-Sia Robert Kuok Jadi Ahli Majlis Penasihat Negara >> Berita Malay 18


Semalam, Pacific Century Group telah mengembangkan insurans Takaful ke Malaysia dengan pelancaran syarikat dengan jenama FWD Takaful Berhad. Majlis perasmian dilaksanakan oleh Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng. Kononnya dengan pelancaran jenama ini, menandakan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan Kerajaan PH dengan kemasukan syarikat insurans paling pesat berkembang di Asia.

Hakikatnya, JAB Capital syarikat milik penuh Kuok Brothers Sdn Bhd, memegang 31% kepentingan dalam FWD Takaful Berhad, KWSP memiliki kepentingan 20% manakala bakinya dimiliki oleh syarikat Pacific Century Group yang dimiliki oleh Richard Li, anak jutawan Hong Kong, Li Kha Shing. Untung menjadi jutawan seperti Robert Kuok. Dalam Malaysia Baharu, yang kaya semakin kaya, yang mikskin semakin merempat. Tidak sia-sia Robert Kuok dilantik sebagai Majlis Penasihat Negara.




Subscribe to receive free email updates: