Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata urusan mentadbir dan mengurus negara bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan.
Bahkan katanya dalam satu lontaran di Facebook, tidak semua mampu melakukannya walaupun dilihat mudah dengan hanya menabur janji.
“UMNO dan Komponen Barisan Nasional (BN) walaupun difitnah dengan pelbagai perkara, hakikatnya Malaysia maju di bawah pentadbirannya.
“Rakyat diutamakan dalam semua perkara.
“Kerana itu, hanya mereka yang mempunyai keiklasan dan kesungguhan membantu rakyat, membangunkan negara sahaja boleh kita harapkan,” ujarnya lagi, yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong.
Oleh itu, krisis keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini semakin terserlah disebabkan kegagalan mereka menunaikan janji-janji, bidasnya.
“Kerajaan PH ternyata tidak ikhlas, tiada kesungguhan membantu rakyat dan gagal menunaikan janjinya,” tambahnya lagi.
Dr Shamsul turut mengulas mengenai reaksi pemilik teksi yang mahu menggerakkan kempen tukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berhubung isu Gojek.
“Saya tidak lagi mahu mengulas mengenai cadangan kerajaan PH melaksanakan Gojek. Apapun yang pasti, syarikat, pemilik atau pemandu teksi pasti akan terjejas.
“Sebab itu, jangan terpengaruh dengan janji kosong,” tegasnya.
Untuk rekod, sebelum PRU-14, pemilik teksi yang sama berkempen menukar kerajaan BN kepada PH disebabkan terpengaruh dengan janji-janji PH walaupun pelbagai kemudahan dan keistimewaan telah BN berikan kepada mereka.
Sehingga kini, setelah lebih setahun memerintah PH dilihat tidak membantu golongan teksi.
Related Posts :
Update [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? >> Berita Malay 18
Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/10/update-video-mansuh-tol-federal-najib.html">Update [Video Mansuh Tol, Federal (Najib) akhirnya tunduk kepada tekanan rakyat S'gor & Ini kali lah TUKAR] "Kami ditipu, dan ditipu lagi," kata Jeffrey & Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak. >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Kenapa Kadar Kemiskinan Sabah Tertinggi Di Malaysia"
YouTube
Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawa… Read More...
Update 3 Anggota RELA Dakwa Dipukul Datuk Seri Berusia 28 Tahun >> Berita Malay 18
ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menunjukkan kecederaan yang dialami anggota RELA yang didakwa dipukul… Read More...
Update [Video SHAFIE APDAL DISAMBUT OLEH RIBUAN RAKYAT SABAH SELEPAS DIBEBASKAN] Orang Sabah tak kenal Najib kalau saya tidak bantu, kata Shafie. >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Orang Sabah tak kenal Najib kalau saya tidak bantu, kata Shafie
Sebagai orang yang ada jasanya pada kerjaya politik… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/10/update-video-jangan-percaya-lagi-kpd.html">Update [Video JANGAN PERCAYA lagi kpd NAJIB! Sabah Untuk Sabah] "Masa kita ambil dulu (masuk) Umno, dia (Musa Aman) mana ada jet, mana ada harta". >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Masyarakat pedalaman Sabah terpaksa menggunakan khidmat 'ambulans kerbau' untuk ke hospital.
Musa Aman… Read More...