Update Siasat Seluar Dalam Ambil Masa 11 Bulan? >> Berita Malay 18


Berdasarkan laporan media pada 10 September 2018, pihak polis telah menyiasat Pegawai Menteri yang nengintai bawah skirt optometrist dan kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Ketua Peguam Negara. 

Selepas 11 bulan,  media melaporkan hari ini, 07 Ogos 2019 bahawa siasatan telah selesai dan pendakwaan akan dilakukan terhadap bekas Pegawai Timbalan Menteri tersebut kerana kertas siasatan telah sekali lagi diserahkan kepada Pejabat Ketua Peguam Negara.

Persoalannya, apakah yang dilakukan oleh pihak Polis dan Pejabat Ketua Peguam Negara dalam tempoh 11 bulan tersebut?

Umum tahu, mangsa sendiri melaporkan kejadian tersebut, saksi juga tampil memberi keterangan, bukti CCTV ada, hand phone yang digunakan tertuduh ada, tertuduh juga tidak lari ke luar negara, malah Timbalan Menteri yang berada dalam kejadian tersebut juga masih hidup dan belum mati. 

Jadi, apa yang dilakukan dalam tempoh 11 bulan tersebut?

Subscribe to receive free email updates: