Update Tulisan khat: Perjumpaan NGO, Menteri capai kata sepakat >> Berita Malay 18

Perjumpaan NGO dan mencapai kata sepakat
副教长和教育团体会面并达成共识

Pada hari ini, saya berbesar hati menerima kunjungan daripada beberapa buah Badan Bukan Kerajaan iaitu Persatuan Dong Zong, Jiao Zong, Tamil Foundation, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia dll bagi membincangkan berkaitan isu pengenalan seni khat kepada murid sekolah rendah tahun empat.

Semasa perbincangan tersebut, beberapa persetujuan telah dicapai iaitu:

1. Semua pihak bersetuju untuk memperkenalkan seni khat kepada murid sekolah rendah tahun empat dan bukannya mempelajari tulisan Jawi.

2. Bersetuju bahawa pengenalan seni tulisan khat tidak akan diuji di dalam ujian.

3. KPM bersetuju dan komited untuk menambahbaik Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, saya berterima kasih kepada semua pihak khususya pegang taruh dalam bidang pendidikan yang telah memberi pandangan kepada KPM untuk menambahbaik kurikulum yang bakal memberi manfaat kepada para pelajar.

KPM akan terus mengadakan sesi libat urus dengan NGO untuk kepentingan pelajar pada masa hadapan.

1. 我在今天会见了华社和印裔社会教育团体的代表,大家针对爪夷书法(Seni Khat)交换意见。

2. 在今天的会议中,双方达成的共识包括:同意介绍爪夷书法让学生认识、确保不会有考试增加学生负担、教育部会改善“课程及评价标准”(DSKP)、将继续与非政府教育团体展开对话、收取意见等。

3. 这个共识也建立在认识爪夷书法的基础上,而非学习爪夷文。

4. 我也同意贯彻以老师和学生为本的理念,爪夷书法的内容将不增加老师和学生的学习负担。

5. 在此特别感谢各造对教育课题的关注,以及针对爪夷书法所提出的看法和意见。大家的回馈可以协助教育部拟定更恰当、合理的政策,造福莘莘学子。

Teo Nie Ching张念群
Timbalan Menteri Pendidikan教育部副部长

Subscribe to receive free email updates: