Tuan Boneka???
Jho Low macam tuan boneka - Amhari
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low, disifatkan sebagai seorang ‘tuan boneka’ yang boleh menggunakan khidmat sesiapa saja yang dikehendakinya untuk mendapatkan apa yang diinginkan.
Jho Low juga digambarkan sebagai ‘tuan manipulasi’, mempunyai kebolehan untuk mencari orang berbeza di lokasi berlainan untuk ‘merayu’ bagi memenuhi hajatnya.
Gambaran itu diberikan bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaan balas.
Muhammad Shafee kemudian bertanyakan saksi apa dimaksudkannya dengan tuan manipulasi, Amhari Efendi berkata;
“Dengan kemahiran yang tinggi, beliau berupaya meletakkan ‘orang’, bertemu dengan mereka dan memujuk pelbagai pihak yang berbeza kedudukan sama ada dalam negeri atau luar negara, supaya beliau boleh mendapat apa yang dimahukan.”
Muhammad Shafee: Kenapa kamu membuat kesimpulan begitu? Adakah beliau pada banyak masa menipu?
Amhari: Ya. Contohnya ketika mengadakan rundingan dengan The International Petroleum Investment Company (IPIC) berpangkalan di Abu Dhabi. Sebelum itu kami tidak tahu hujung pangkal (apakah rundingannya), begitu juga dengan apa yang berlaku di negara China. Bila sampai sana, semua agenda sudah tersusun.
Dia ada orang di pelbagai tempat dan ada banyak pasukan. Kalau ini permainan bola sepak, saya ditugaskan untuk berjumpa pengadil, dia pula kenal pengurus pasukan A dan pasukan B.
Muhammad Shafee: Jadi beliau adalah tuan boneka dan kamu dan yang lain-lain adalah bonekanya?
Amhari: Saya bersetuju dengan itu.
Muhammad Shafee: Beliau sentiasa lakukan ini tanpa etika?
Amhari: Beliau dapat apa yang dimahukan, bukan kali pertama tetapi dia akan dapat. Beretika atau tidak, saya tidak boleh jawab.
Betul punya harami lembu boneka ni..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!