Update Balaci Hangin Satu Badan..! >> Berita Malay 18


Mau tak hangin..! basah kuyup satu badan hancing..!

Anggota Parlimen Bentong Wong Tack menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengedarkan senarai soalan yang sering ditanya (FAQ) mengenai isu nadir bumi Lynas.
Wong Tack dalam satu kenyataan berkata, kementerian tertentu sebelum ini dilihat sering campur tangan dalam urusan yang bukan dalam bidang kuasa mereka, dan kini perkara sama dilakukan PMO.
"Ini adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tetapi kepada PMO juga," katanya.
Wong berkata beliau percaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan membiarkan taraf PMO direndahkan sehingga dilihat menjadi "jurucakap Lynas."
Justeru Wong berkata adalah penting pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengedarkan FAQ berkenaan agar dikenal pasti.
"Mereka telah menyalahguna dan menghina pejabat tertinggi di negara kita.
"Ia adalah jelas tindakan mereka bertujuan untuk mengesahkan operasi syarikat asing.
"Saya menggesa SPRM campur tangan bagi menyiasat pegawai yang terlibat kerana kemungkinan berlaku salah guna kuasa atau rasuah," katanya.
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!

Subscribe to receive free email updates: