Update Kenapa Mujahit, Marina & Yang Sekutu Dengannya Hilang Selera? >> Berita Malay 18


Puak puak liberal pasti menentang..
Hukum tetap hukum..!


PTSI mekanisme tangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam


Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) adalah satu mekanisme yang diwujudkan dalam menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau berkata pelan ini dibangunkan bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, agensi dan kementerian berkaitan, ahli-ahli akademik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).



“Di peringkat Jakim, pihak kita telah mengambil inisiatif untuk merangka PTSI yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Islam Malaysia kali ke-66 serta dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Jun lepas,” katanya dalam ucapan pada Majlis perasmian Seminar Kebangsaan Isu Sosial di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jakim Ahmad Musadad Sulaiman.

Mohamad Nordin berkata pelan itu merupakan pelan tindakan yang lebih komprehensif dan bersifat semasa. 



Mengenai seminar itu, beliau berkata melalui kerjasama strategik yang diadakan melibatkan Universiti Sains Malaysia, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim serta Yayasan Ihtimam Malaysia itu diharap dapat memberikan impak signifikan dalam usaha bersepadu untuk menangani gejala sosial dalam kalangan umat Islam.

“Jakim sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan berharap kerjasama daripada semua pihak untuk bergabung tenaga dalam usaha membangunkan ummah daripada terus dibelenggu dengan gejala sosial akan tercapai,” katanya.

-- BERNAMA

Kerajaan PH sekarang ni pun banyak langgar hukum hakam..!

Apa citer?
Lu Fikir La Sendiri.!


Subscribe to receive free email updates: