Update KPM tangguh Kertas BM1, BM2 PT3 >> Berita Malay 18

PUTRAJAYA - Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2 yang dijadualkan pada 30 September ini ditangguhkan pada 9 Oktober depan.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bagi kertas Bahasa Melayu Komunikasi dan English for Communication yang dijadualkan pada 30 September ini pula ditangguhkan pada 3 Oktober depan.

"Penangguhan ini dilakukan kerana 29 dan 30 September diisytiharkan sebagai cuti peristiwa oleh kerajaan negeri Kelantan bagi menghormati perkabungan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra.
"KPM merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan di atas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Sultan Ismail Petra telah mangkat pada pukul 8.11 pagi tadi bersamaan 28 Muharram 1441 Hijrah di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan

Subscribe to receive free email updates: