Barisan Nasional (BN) negeri yang menerajui pentadbiran kerajaan Pahang akan menunggu panduan selanjutnya daripada Pusat berhubung sebarang tindakan susulan selepas termerainya Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas.
Pengerusinya, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu bagi menyaksikan keselarasan gerak kerja agar tidak bertindan dan bercanggah antara kedua-duanya.
"Apatah lagi piagam mengenainya (Muafakat Nasional) telah disepakati dan baru sahaja ditandatangani semalam.
"Lanjutan itu, tentu ada banyak lagi urusan dan perkara yang perlu diteliti serta dibincangkan bagi memastikan Muafakat Nasional benar-benar berjaya," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam satu kenyataan di sini semalam.
UMNO dan Pas memeterai kerjasama dinamakan Piagam Muafakat Nasional di program Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Berikutan itu, UMNO dan Pas dikatakan merancang mengubah barisan kepemimpinan dalam pentadbiran negeri dikuasai kedua-dua parti itu susulan termeterainya piagam berkenaan.
Related Posts :
Update Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes kahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe >> Berita Malay 18
15 Okt — Pengasas AirAsia berkahwin dengan teman wanitanya dari Korea, Chloe di Cote d’Azur, Perancis
Majlis perkahwinan Tan Sri Tony Fe… Read More...
Update Video Mengharukan! Meskipun Buta, Lelaki Ini Rela Gendong Isterinya Yang Lumpuh Berjalan Selama 29 Tahun >> Berita Malay 1815/10/17
(Foto: Viral For Real)
BEIJING - Sepasang suami-isteri di China satu ini membuktikan bahwa cinta sejati memang ben… Read More...
Update [Video Tun M: Tangkap MO1 agenda pertama HARAPAN jika menang] MEMANG KEHADIRAN TIDAK MENCAPAI SASARAN, TETAPI... >> Berita Malay 18Ahad, 15 Oktober 2017
MEMANG KEHADIRAN TIDAK MENCAPAI SASARAN, TETAPI...
Berapa sebenarnya yang hadir dalam Himpunan Sayangi Malaysia, Hap… Read More...
Update [Video Belia lebih gemar himpunan jalanan, kata Mat Sabu] Dr M: Usaha SPRM hapus rasuah tiada makna tanpa siasatan RM2.6 bilion. >> Berita Malay 18Ahad, 15 Oktober 2017
Dr M: Usaha SPRM hapus rasuah tiada makna tanpa siasatan RM2.6 bilion
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata… Read More...
Update Azmin Ali: Saya bukan katak, akan terus dengan PKR >> Berita Malay 18
15/10/17
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata akan terus dengan PKR, susulan nasihat bekas MB, Tan Sri Dr Abu Hassan … Read More...