Update Penstrukturan PPD, JPN, bagaimana "wajah" baharu organisasi ini? >> Berita Malay 18

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pelaksanaan struktur baharu organisasi sektor pendidikan secara berperingkat berkuat kuasa 1 Jun lalu. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Amin Senin berkata, pelaksanaan itu antara inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya, ia bertujuan memberikan anjakan dalam mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan melalui pemantapan peranan dan fungsi pembangunan dasar, perancangan serta pengoperasian di peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dalam memenuhi matlamat yang digariskan dalam PPPM.

Proses ini amat menarik perhatian semua pihak, terutama guru-guru yang merasakan diri mereka pernah 'teraniaya' dengan sikap segelintir pegawai-pegawai daripada organisasi berkatian. Yang berada di sekolah, terus meneka-neka siapa yang akan kembali ke sekolah, siapa yang akan kekal, siapa pula yang akan ke JPN, PPD atau bahagian-bahagian dalam KPM yang lain.

Kami mengambil di sini telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan penstrukturan untuk difahami bersama. Rasionalisasi penstrukturan ini boleh dimuat turun atau dibaca di pautan SINI

Melalui beberapa sumber, kami telah memperoleh beberapa dokumen yang dimaklumkan telah diumumkan diperingkat organisasi masing.

PENSTRUKTURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)
Contoh carta organisasi baharu JPN (Klik untuk imej lebih jelas)
Penstrukturan di peringkat JPN berlaku dengan agak drastik. Jika dilihat contoh-contoh carta orginasisi yang kami perolehi, tiada lagi jawatan Ketua Sektor di beberapa sektor utama. Ketua sektor tersebut digantikan dengan Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) di sana.

Jawatan yang penyelia yang sebelum ini disandang oleh pegawai-pegawai bergred 41, 42 ke bawah telah dijumudkan.

Jawatan Anggota Kumpulan Pelakasa (AKP) juga dikurangkan. Hampir separuh staff di JPN digerakkan ke sekolah dan juga PPD.

Antara jawatan-jawatan baharu yang diwujudkan bagi mengepalai sektor-sektor yang ada di Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti berikut.

1. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran)
2. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah)
3. Timbalan Pengarah Pendidikan  (Sektor Perancangan & Pengurusan PPD)
4. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid)
5. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) - Sektor Pendididkan Islam
6. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) - Sektor Pendidikan Khas
7. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) - Sektor Pentaksiran & Peperiksaan
8. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK - PTD) - Sektor Sumber Manusia
9. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK - PTD) - Infrastruktur & Perolehan
10. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK - PTD) - Pengurusan
11. Kaunselor Organisasi Negeri (KON) - Psikologi & Kaunseling
12. Ketua Penolong Pengarah (KPP - PTD) - Integiriti

Maklumat ini kami peroleh daripada pemetaan JPN Negeri Perak

PENSTRUKTURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
Contoh pemetaan perjawatan PPD (Klik untuk lebih jelas)
Idea asalnya adalah untuk memperkasakan PPD bagi menjayakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia kerana organisasi ini adalah yang paling dekat dengan sekolah.

Oleh yang demikian, penstrukturan di PPD juga perlu berlaku. Seperti juga di JPN, minimum untuk pegawai-pegawai yang berada di organisasi ini adalah 44 ke atas. Perjawatan penyelia juga telah dijumudkan dan digantikan dengan beberapa jawatan baru.

Bergantung kepada saiz gred PPD tersebut, beberapa jawatan baru turut diwujudkan di sini. Antaranya:

1. Timbalan PPD (Unit Pembelajaran)
2. Timbalan PPD (Unit Pengurusan Sekolah)
3. Timbalan PPD (Unit Perancangan)
4. Timbalan PPD (Unit Pembangunan Murid)
5. Kaunselor Organisasi Daerah (Psikologi & Kaunseling)
6. Penolong PPD (Unit Peperiksaan & Pentaksiran)
7. Penolong Pembantu Tadbir N36 (Unit Pengurusan)

SISC+ diletakkan di bawah Unit Pembelajaran sepenuhnya. Hanya Timbalan PPD (Unit Pembelajaran) mengepalai kumpulan jawatan ini tanpa ada lagi pegawai-pegawai subjek seperti dahulu. Sebelum ini, subjek-subjek utama diuruskan oleh Penolong PPD.

SIP+ diletakkan di bawah Unit Pengurusan Sekolah dan diketuai oleh seorang Timbalan PPD.

Maklumat ini kami peroleh daripada pemetaan PPD Negeri Perak

Subscribe to receive free email updates: