Update PH ~ Bangang At Work..! >> Berita Malay 18


Dasar PH nak mengecilkan saiz penjawat awam..! Nak kurangkan kebergantungan kerajaan kepada majoriti orang Melayu di dalam pelaksanaan dan perjalanan kerajaan..! Itu jelas..! Itu sebab di buat kajian dan dah pun dibentangkan di peringkat jawatankuasa..! Kabinet tinggal lulus jer..!

Kerajaan kaji cadangan henti skim pencen: TPM

Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk persetujuan.

“Saya difahamkan ia akan diangkat kepada Kabinet untuk mendapatkan persetujuan atau pun tidak, kita akan bincangkan lebih lanjut lagi.

“Namun ia belum lagi diberi kepada Kabinet, kita akan perincikan kemudian,” katanya selepas melancarkan program Women in Business (WinBiz) di sini hari ini.

WinBiz yang diperkenalkan Bank Islam sebagai penyelesaian kewangan baharu yang dikhususkan bagi usahawan wanita di bawah segmen perniagaan perindustrian kecil dan sederhana (PKS).

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mulai tahun hadapan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.

Menurutnya, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada Oktober 2018 mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.


Nak kaji buat apa kalau memang takde niat?

Lu Fikir La Sendiri..!


Subscribe to receive free email updates: