Update PH PERLU FAHAM MAKSUD 'MENGUTAMAKAN' DAN 'BOIKOT' SEBELUM KELUAR KENYATAAN TAK WARAS >> Berita Malay 18






Pemerhati politik Azizi Safar berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) khususnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu memahami maksud ‘mengutamakan’ dan boikot’ sebelum mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan diri mereka ‘bodoh’.

Jelas beliau, Guan Eng ternyata semakin hilang kewarasannya sejak kempen ‘utamakan barangan keluaran Muslim’ dilancarkan dan mendapat sokongan ramai.

“Agama Islam ajar supaya makan dan minum benda yang suci, bersih dan halal. Jadi, mengutamakan yang lebih diyakini kebersihan, kesucian dan status halal adalah perlu dilakukan.

“Kempen ini bukan kempen boikot barangan bukan Islam. Guan Eng patut faham apa maksud mengutamakan dan boikot. Umat Islam bukan boikot barangan keluaran bukan Islam malah banyak sahaja barangan bukan Islam yang digunakan oleh orang Islam tetapi apabila ia melibatkan soal makanan, sudah pasti orang Islam akan mencari yang suci, bersih dan halal.




“Jadi, mengapa Guan Eng perlu panas punggung sehingga mengeluarkan kenyataan untuk umat Islam Bumiputera boikot telefon bimbit. Telefon bimbit perlu sijil halal ke? Boleh makan ke?” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Azizi, kempen ini juga bukan sesekali melambangkan perkauman ataupun rasis tetapi ia adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam namun dalam soal barangan lain, umat Islam tidak ada masalah untuk membeli atau menggunakan produk keluaran bukan Islam.

“Isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan dan sekiranya bangsa lain berfikiran terbuka, memahami dan menghormati masyarakat majoriti negara ini maka tidak akan timbul pun salah faham.

“Sama seperti orang Islam tidak boleh pegang anjing, tidak boleh makan daging babi… tapi bila semua isu berkaitan agama Islam hendak dicampurtangan oleh mereka yang bukan Islam maka timbullah masalah… timbullah salah faham,” bidas beliau.

Baru-baru ini Guan Eng menyatakan kegusarannya dengan gerakan utamakan barangan keluaran Muslim yang dianggap sebagai boikot produk bukan Bumiputera.

Beliau berkata, kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan perpaduan nasional.

Setiausaha Agong Dap itu juga berkata, gerakan boikot itu menyebabkan pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti, kononnya hanya dikeluarkan oleh syarikat bukan Bumiputera.

Beliau juga menyindir kaum Bumiputera supaya memboikot telefon bimbit kerana produk itu lazimnya dikeluarkan oleh syarikat kilang di China.

Untuk rekod, kempen yang dilancarkan baru-baru ini bukanlah kempen boikot tetapi kempen mengutamakan produk Muslim.


Subscribe to receive free email updates: