Update Reza Aziz Gagal Pindah Kes..! >> Berita Malay 18


Riza Aziz gagal pindah kes pengubahan wang ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penerbit filem Riza Aziz untuk memindahkan kes pengubahan wang AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkait dana 1MDB ke mahkamah itu.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang ditugaskan mendengar kes Riza adalah kompeten dan memiliki pengalaman yang mencukupi untuk menangani persoalan undang-undang di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah dan akta lain.
“Tujuan keadilan tidak akan tercapai sekiranya pemindahan kes tidak menyokong keberkesanan kehakiman dan mengakibatkan kelewatan dalam memulakan perbicaraan ini,” katanya dengan menambah bahawa Mahkamah Sesyen telah menetapkan 6 Jan tahun depan untuk mendengar kes tersebut.
Ketika membantah permohonan Riza, pendakwa raya fiat Gopal Sri Ram berkata, kes Riza adalah kes mudah dan hakim Mahkamah Sesyen mempunyai kelayakan untuk mendengar perbicaraannya.
“Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dan merupakan seorang hakim kanan. Selain itu, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh menerima wang menerusi cara tidak sah,” katanya.
Dalam pada itu, peguam Riza, Muhammad Shafee Abdullah dan Hariharan Tara Singh berkata, kes pengubahan wang itu melibatkan urus niaga di luar negara.
Mereka berkata, persoalan undang-undang mengenai kebolehterimaan dokumen asing mungkin akan timbul.
Riza, anak isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor berdepan lima pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.
Beliau didakwa menerima wang daripada Good Star Ltd dan Aabar Investments PJS Ltd, iaitu syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.
Kesalahan itu dkdakwa dilakukan antara April 2011 dan Nov 2012 di City National Bank di Los Angeles, California dan BSI Bank di Temasek Boulevard, Singapura.
Jika sabit kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram, Riza boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM5 juta atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah mana pun apa ada hal..!
Lawan jer la..!
Kalau memang benar apa nak takut..!
Ye tak?
Lu Fikir La Sendiri..!

Subscribe to receive free email updates: