Update Akaun palsu sebar senarai kumpulan Whatsapp,Telegram didakwa bocor PT3 >> Berita Malay 18

Satu akaun Twitter yang menggunakan nama @Dato_Abuja telah dikesan menyebarkan senarai beberapa kumpulan Whatsapps dan Telegram yang didakwannya sebagai ejen penyebar kertas-kertas soalan PT3 baru-baru ini.

Beliau turun meletak tagging post tersebut kepada Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan MCMC.

Setelah semakan dibuat ke pautan kumpulan-kumpulan yang dibuat, dakwaan beliau dilihat tidak berasas kerana kumpulan tersebut diwujudkan bagi tujuan pembelajaran dan perkongsian belajar bersama calon-calon PT3. Tidak terdapat sebarang bukti kertas-kertas soalan tersebut disebarkan di situ.


Akaun Twitter beliau kemudia telah ditahan dan ditutup oleh pihak Twitter.

Pelbagai reaksi netizen berkenaan perkara tersebut terutama calon-calon PT3 itu sendiri.



Sebelum ini, KPM telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan isu kebocoran kertas soalan PT3 di sekolah dan telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri membuat siasatan jika ada kebenaran.






Subscribe to receive free email updates: