Biadap, sombong, besar kepala itulah perkataan yang paling sesuai untuk Dap sekarang, tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.
Beliau beekata demikian ekoran kecoh dua tiga hari ini kerana tindakan biadap seorang pelajar Universiti Malaya (UM) menjerit dan mengangkat plakad di atas pentas ketika istiadat Konvokesyen tempoh hari.
“Tindakan biadap pelajar bernama Wong Yan Ke itu mendapat pembelaan hebat daripada Dap yang kononnya itu adalah hak kebebasan pelajar tersebut,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman facebooknya, hari ini.
Bidasnya, walaupun dikecam teruk oleh netizen, Dap tetap dengan pendirian mereka mempertahankan tindakan Wong.
“Kita imbas kembali insiden yang berlaku pada 17 May 2015, apabila seorang pelajar bernama Muhammad Hasrul Haris hanya mengambil ‘selfie’ di atas pentas konvokesyan telah digantung diplomanya selama dua tahun.
“Pada ketika itu tidak kedengaran sedikit pun suara Dap mempertahankan tindakan Hasrul, mungkin pada ketika itu mereka pura-pura mati.
“Satu lagi perkara yang mendapat pembelaan luar biasa dari Dap adalah mempertahankan tindakan beberapa pemimpin dah ahli mereka yang telah terbukti terlibat mempromosikan dan menyokong kumpulan pengganas LTTE.”
Katanya, sudahlah menyokong dan mempromosi kumpulan pengganas, mereka makin besar kepala pula apabila berani mendesak agar pihak polis berhenti ambil tindakan dan menjalankan tugas menjaga keamanan negara.
“Yang terkini, parti sama ‘kantoi’ mengiktiraf dan disebut menaja penerbitan Komik Propaganda yang penuh dengan hasutan serta fitnah jahat yang diedar kepada kanak-kanak pelajar sekolah.
“Sekali lagi Dap menunjukkan sikap ‘abang besar’ di dalam kerajaan apabila mendesak PDRM menghentikan siasatan terhadap komik jahat mereka.”
Soalnya, adakah ini nilai-nilai yang Dap mahu wariskan kepada generasi muda dan anak-anak kita pada masa hadapan?
“Cukup-cukuplah peluang diberi kepada mereka mentadbir hingga negara sedang menuju kegagalan.
“Jangan kita benarkan parti biadap dan extrimis ini terus berada di Putrajaya bagi penggal akan datang, cukuplah PH kerajaan sepenggal.”