RAKYAT SOKONG DR MAHADIR JADI PERDANA MENTERI HINGGA AKHIR PENGGAL.
-Pak Karamu-
DR MAHADHIR P.M HINGGA TAMAT PENGGAL
Pandangan Azmin Ali mahukan Dr Mahadhir Muhammad sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal, bukan pandangannya pertama kali, akan tetapi sudah banyak kali disuarakan, dan pandangannya selaras dengan kehendak PAS dan UMNO.
Sebenarnya rakyat juga mahukan Dr Mahadhir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal, namun berlaku jolokan-jolokan daripada agen-agen upahan bersuara mahukan Dr Mahadir menyerahkan jawatan itu kepada Anuar Ibrahim, hasilnya mungkin gagal.
Bersepah-sepah tangan-tangan ghaib yang disuruh menjolok untuk jawatan Perdana Menteri dilepaskan kepada Anuar Ibrahim, namun suara-suara sumbang tersebut seolah-olah ada arahan supaya menjadi penjolok, ini semua telah diketahui oleh rakyat.
Azmin mungkin mengharapkan nama baik Dr Mahadhir terpelihara dari kegagalannya sebagai pemimpin negara buat kali kedua dan mungkin terakhir, andainya Dr Mahadhir melepaskan jawatannya dalam keadaan ekonomi haru biru dan rakyat dalam keadaan susah, maka Dr Mahadir dianggap seorang pemimpin yang gagal sebagai pemimpin.
Dr Mahadhir perlulah menunjukkan bahawa dia seorang Perdana Menteri yang berkebolehan memimpin negara dan mampu memberikan rakyat sedikit selesa sebagaimana yang dijanjikannya pada PRU 14 dahulu.
Perlu difahami dan di ingatkan bahawa apa yang dikatakan sebagai mengambil kuasa daripada pintu belakang adalah suatu mainan politik jolok-jolok daripada kumpulan yang menghadapai masalah dan mungkin jolokan mengingatkan tentang peralihan kuasa kononnya rakyat sidah bosan dengan banyaknya usikan dari yang mabuk hendak melaksanakan Malaysia Baru