Update KARNIVAL KERJAYA 2019 PERINGKAT NEGERI PAHANG >> Berita Malay 18





Pada pagi tadi telah berlangsung Majlis Karnival Kerjaya 2019. Lebih 20,000 jawatan menanti graduan dan juga orang ramai yang telah berlangsung serentak di seluruh negara. Bagi Peringkat Negeri Pahang, Majlis ini telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kuantan.

Karnival Kerjaya 2019 kali ini dianjurkan oleh KYP Skills dan kerjasama dengan pihak Jobsmalaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Karnival Kerjaya ini menghimpunkan lebih 28 syarikat. 20 buah syarikat merupakan syarikat yang berada di Pahang dan selebihnya 8 syarikat lagi merupakan syarikat dari luar Pahang. Manakala untuk kekosongan jawatan pula adalah sebanyak 1,788. 30% iaitu sebanyak 552 kekosongan adalah untuk kategori siswazah dan selebihnya adalah untuk golongan bukan siswazah.

Karnival Kerjaya ini akan berlangsung selama 2 hari dan akan berakhir pada hari esok telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik di dalam kawasan Karnival itu.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung ialah:
  1.  Pendaftaran pekerjaan melalui jobsmalaysia
  2.  Temuduga terbuka
  3.  Klinik Kerjaya
  4.  Taklimat dan pameran kerjaya
  5.  Pameran dan demo bagi setiap program Kemahiran (TVET)

Karnival Kerjaya seperti ini juga merupakan satu landasan terbaik bagi mempromosikan KYP Skills berkaitan bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan serta peranan portal Jobsmalaysia.

Semasa acara berlangsung, aktiviti dan pameran di kawasan foyer dibuka kepada orang ramai. Pameran mengenai bidang-bidang Kemahiran yang ditawarkan di KYP Skills juga tersedia kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemahiran dan semua proses terlibat.

Subscribe to receive free email updates: