Update Kerajaan perlu kota janji pelihara sekolah vernakular - Dominic Lau >> Berita Malay 18

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Gerakan menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik memberi jaminan bahawa sekolah vernakular tidak akan dihapuskan.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini kerana sekolah vernakular dijamin di bawah manifesto Pakatan Harapan (PH).

“‘Timbalan Menteri Pendidikan terbaik dalam sejarah’, Teo Nie Ching berkata bahawa sekolah vernakular dijamin di bawah manifesto PH.

“Ironinya manifesto tidak mempunyai kesan terhadap undang-undang. Malah Dr. Mahathir bahkan secara umum memberitahu rakyat bahawa manifesto PH bukan Bible dan tidak perlu dipatuhi.

“Manifesto PH juga tidak menyatakan bahawa tulisan khat akan diperkenalkan kepada sekolah-sekolah vernakular. Bolehkah Menteri Pelajaran menarik balik keputusan ini?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dominic, beliau melihat manifesto PH sebagai permainan politik wang yang menggunakan pelbagai janji untuk menipu undi.

“Kini permainan wang politik ini telah runtuh. Pemimpin PH membuat kekayaan dan rakyat menderita.

“Saya minta Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran untuk menunjukkan keberanian politik mereka untuk menolak sistem sekolah aliran satu secara terbuka dan menjamin tidak menghapuskan sekolah vernakular,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to receive free email updates: