Update Tawaran "One-Off" percuma kenal pasti tahap kesediaan (CEFR-READINESS) PPP Opsyen Bahasa Inggeris >> Berita Malay 18

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan secara PERCUMA dan ONE-OFF ujian profisiensi untuk mengenal pasti CEFR-Readiness SEMUA Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) opsyen Bahasa Inggeris.

SIAPA YANG PERLU AMBIL:

1. SEMUA pegawai opsyen BI yang bertugas di sekolah, JPN, PPD dan bahagian KPM;
2. SEMUA PPP opsyen BI yang belum mengetahui tahap CEFR; dan
3. SEMUA PPP opsyen BI yang masih belum mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan (CEFR C1/C2)

Semua PPP bukan opsyen BI yang mengajar Bahasa Inggeris juga DIGALAKKAN untuk duduki ujian CEFR-Readiness yang ditawarkan secara percuma ini bagi mengetahui tahap CEFR BI masing-masing.
SIAPA YANG TIDAK PERLU AMBIL UJIAN PROFISIENSI INI?

1. Telah berada pada tahap CEFR C1 atau C2;
2. Telah duduki ujian Malaysian University English Test (MUET) sejak tahun 2012 dan berada pada Band 5 atau Band 6; dan
3. Akan bersara wajib dalam masa dua tahun dari 1.1.2020

Pendaftaran CEFR-Readiness adalah melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
mulai
5 November hingga 15 Disember 2019.

PPP opsyen BI juga diberi KEISTIMEWAAN untuk memilih sama ada mahu duduki ujian pada tarikh ujian CEFR-READINESS Kumpulan 1 atau Kumpulan 2 pada tahun 2020 berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan seperti yang berikut (tidak boleh tukar Kumpulan yang dipilih selepas pendaftaran dalam sistem yang telah berjaya dihantar)

Sebagai rujukan lanjut, guru-guru boleh merujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Surat siaran tersebut boleh dimuat turun di SINI.

Soalan-soalan lazim berkenaan CEFR-Readiness




Surat siaran tersebut boleh dimuat turun di SINI.

Subscribe to receive free email updates: