Update Tips pemilihan jenis-jenis pencetak >> Berita Malay 18

Anda ingin membeli pencetak tapi tak tahu yang mana satu pilihan terbaik untuk anda?

Ok jom kami share di sini beberapa tips sebelum membeli pencetak yang baik.

Tidak semua pencetak sesuai dengan keperluan. Jika anda seorang guru, anda mungkin memerlukan pencetak yang heavy duty untuk cetakan yang banyak berbanding dengan pelajar universiti yang bajetnya terhad.

Teknologi percetakan dah berkembang dengan maju pada masa sekarang tetapi prinsip asalnya masih tetap sama. Secara asasnya, teknologi percetakan yang biasa digunapakai ialah teknologi inkjet dan laser.

Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri bergantung kepada keperluan individu yang memakainya. Bentuk dan saiz yang pelbagai juga mungkin akan memeningkan sesiapa yang baru ingin membeli pencetak di kedai.
KLIK untuk sertai peraduan!
Jenis Teknologi Percetakan

Selalunya seseorang melihat pada jenis teknologi percetakan yang digunakan pada sesuatu printer iaitu samada laser atau inkjet untuk menentukan pembelian mereka. Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa pencetak versi laser adalah lebih mahal berbanding pencetak jenis inkjet samada untuk pencetak itu sendiri ataupun dakwatnya.

Mari kita kenal lebih dekat lagi dengan teknologi inkjet dan laser.
HP DeskJet Ink Advantage 3776 via HP.com

  • Inkjet

Pencetak yang menggunakan teknologi percetakan secara inkjet biasa menjadi pilihan kepada pengguna di rumah dan pengambil gambar digital. Hasil gambar percetakan yang dikeluarkan biasanya adalah lebih berkualiti tinggi berbanding pencetak laser.

Pelajar juga kebanyakannya memilih untuk membeli pencetak inkjet kerana selain harganya yang selalunya lebih murah daripada laser, harga dakwatnya pun agak murah juga.

Walaupun kelajuan percetakan inkjet dah semakin laju berbanding sepuluh tahun yang lalu, tetapi inkjet masih tidak mampu untuk melawan prestasi kepantasan pencetakan laser.
HP LaserJet Pro via HP.com
  • Laser

Pencetak laser selalunya adalah pilihan pertama kepada perniagaan kecil, pejabat atau mungkin juga di rumah yang memerlukan pencetak yang mampu mencetak pada kelajuan yang tinggi.

Pencetak laser sesuai untuk percetakan dokumen-dokumen yang banyak mempunyai teks kerana hasil percetakannya adalah jelas dan kos untuk satu mukasurat juga adalah lebih murah walaupun harga setiap katrijnya lebih mahal daripada inkjet.

Walaupun kos pencetak laser pada mulanya adalah agak mahal tapi jika pembaca perlu untuk mencetak dokumen yang penuh dengan teks untuk kuantiti yang banyak, pencetak laser adalah pilihan terbaik.

Kalau dahulu harga untuk memiliki pencetak laser warna adalah sangat mahal, tetapi sekarang sudah ada yang mampu milik. Ini adalah alternative terbaik kepada pencetak inkjet terutamanya untuk tujuan percetakan risalah atau brochure.

Pencetak Pelbagai Fungsi (All-in-one)
HP DeskJet Ink Advantage 3776 via HP.com
Pencetak jenis ini menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu perkakasan – pencetak, pengimbas, penyalin dan mungkin juga mesin faks. Pencetak jenis ini sangat menyenangkan kepada pembeli kerana mereka hanya perlu membawa sebuah perkakasan sahaja untuk melaksanakan pelbagai tugas.

Kedua-dua jenis variasi laser atau inkjet ada ditawarkan di pasaran. Jika mahu untuk mencetak dokumen teks dengan cepat bolehlah menggunakan laser dan jika mahu untuk mencetak gambar, inkjet pula boleh dipilih untuk hasil yang cantik.

Pencetak jenis ini biasanya dipilih oleh pemilik perniagaan kecil dan sederhana ditambah pula dengan ciri-ciri penting untuk model-model tertentu seperti autoduplexer iaitu untuk tujuan mencetak depan dan belakang, pengisi dokumen automatik untuk tujuan faks dan salinan dan sebagainya.

Pencetak Untuk Gambar/Snapshot
HP DeskJet Ink Advantage 2676 All-in-One Printer via HP.com

Jika anda mementingkan kualiti cetakan gambar yang paling baik, terutamanya jika anda adalah seorang penggemar fotografi digital, pilihlah model pencetak yang menggunakan lebih daripada empat warna asas iaitu cyan, magenta, yellow, dan hitam (CMYK). Harganya memang lebih mahal sedikit daripada inkjet biasa tetapi hasilnya memang memuaskan. Lebih-lebih lagi jika dicetak pada kertas foto khas.

Kelebihan lain pada pencetak jenis ini juga ialah biasanya ianya juga membolehkan anda mencetak terus daripada kamera digital dengan menggunakan wayar khas yang dipanggil PictBridge. Ada juga yang menyediakan slot untuk akses kad memori seperti CompactFlash, SD atau Sony Memory Stick.

Selain itu, ada juga pencetak khas yang dihasilkan untuk mencetak pada kertas gambar yang bersaiz 4×6 inci atau lebih kecil. Pencetak seperti ini memang tidak akan mampu untuk mencetak kertas bersaiz biasa seperti A4 dan sebagainya.

Keliru Untuk Memilih Pencetak?

Jika penerangan-penerangan sebelum ini ada yang mengelirukan lagi pembaca untuk memilih jenis pencetak yang sesuai untuk kegunaan mereka, di bawah ini kami ringkaskan panduan memilih pencetak berdasarkan jenis kegunaan pengguna.
HP DeskJet Ink Advantage 2135 via HP.com
  • Saya Mahu Cetak di Rumah
Biasanya pencetak di rumah tidak digunakan secara kerap seperti di pejabat. Mungkin anda mahu mencetak tugasan-tugasan universiti yang tidak banyak dan kerap ataupun mahu mencetak gambar digital yang agak jarang-jarang sahaja, maka pencetak jenis inkjet adalah pilihan yang menarik.

Harga pencetak pada kategori ini adalah murah berbanding kebanyakan model-model yang lain.

Tetapi jika anda tidak mahu mencetak gambar digital, cubalah cari pencetak monokrom yang direka khas untuk tujuan cetakan teks dan dokumen warna hitam dan putih.
HP 310 via HP.com

  • Saya Mahukan Pencetak di Sekolah
Untuk kegunaan di sekolah, pencetak pelbagai fungsi mungkin sesuai untuk anda. Pencetak jenis ini sangat menjimatkan ruang kerana ianya menggabungkan fungsi pencetak, penyalin dan mesin faks dan datang dalam versi laser dan inkjet.

Jika anda tidak perlukan fungsi faks dan pengimbas, pencetak laser adalah pilihan yang baik. Jika anda ada budget yang lebih lagi, pilihlah model pencetak laser warna yang harganya sudah mampu milik pada waktu sekarang.

Ciri-ciri penting yang ada pada pencetak ini ialah cetakan rangkaian, kapasiti katrij toner yang tinggi dan tempat input dan output kertas yang lebih besar.
KLIK untuk sertai peraduan!

Spesifikasi Sebuah Pencetak


Pernah dengar istilah ppm atau dpi? Istilah-istilah ini biasa digunakan pada pencetak yang selalunya ditekankan oleh pengeluar pencetak tersebut. Istilah ini mungkin mengelirukan sebahagian pembaca, jadi Kak Mona akan cuba mudahkan penerangannya dibawah.
  • Resolusi
Spesifikasi untuk resolusi mungkin adalah yang paling ditonjolkan oleh pengeluar pencetak. Resolusi merujuk kepada jumlah maksimum dot yang dapat dicetak untuk satu inci persegi. Sebagai contoh, pencetak yang mencetak pada resolusi 1,200dpi adalah bermaksud ianya mencetak 1,200 dot menegak dan 1,200 melintang untuk satu inci persegi.

Biasanya, resolusi terendah yang ditawarkan pada pencetak sekarang ialah 600dpi. Pada resolusi ini, cetakan dokumen teks adalah bagus.

Semakin tinggi resolusi yang digunakan, maka semakin sesuai untuk mencetak dokumen teks yang menggunakan saiz tulisan 6 atau lebih kecil lagi. Begitu juga halnya untuk cetakan gambar yang mempunyai garisan halus. Resolusi yang dipilih selalunya ialah 1,200dpi.

Pun begitu, kenalah juga pilih dan gunakan kertas cetakan yang sesuai untuk tujuan cetakan beresolusi tinggi kerana jika menggunakan kertas biasa, hasil cetakan pada resolusi ini adalah tidak memuaskan.

Apa yang penting ialah, dpi bukanlah penentu penting untuk prestasi sesebuah pencetak.

  • Cetakan Per Minit

Cetakan per minit atau dalam bahasa Inggerisnya prints per minute (ppm) mengukur jumlah cetakan yang mampu dicetak oleh sesebuah pencetak untuk satu minit.

Dulu ada pengeluar yang cuba menipu untuk meningkatkan nombor ppm ini dengan mencetak dokumen menggunakan tetapan cetakan yang paling rendah sekali.

Walaupun badan ISO dah menetapkan untuk para pengeluar menggunakan kaedah yang betul untuk menentukan nilai ppm produk mereka, tetapi sebenarnya kita tidak tahu pun standard apa yang digunakan oleh mereka.

Jika ciri ppm ini adalah penting untuk pembaca, disarankan untuk anda baca dulu ulasan produk di internet sebelum membuat keputusan.
  • Kaedah Sambungan
Cara sambungan yang biasa digunakan pada pencetak ialah melalui sambungan USB. Untuk pencetak rangkaian pula port RJ-45 iaitu wayar rangkaian biasa akan digunakan.

Jika pembaca dah rasa serabut dengan wayar-wayar yang bersimpang-siur daripada pelbagai jenis gadget dan perkakasan, pencetak tanpa wayar ialah sesuai untuk anda. Sambungan wifi kepada pelayan pencetak yang terbina dalam beserta dengan percetakan awan memang akan disediakan.

Dengan percetakan awan seperti Google Cloud Prints untuk Android dan AirPrint untuk gadget-gadget Apple membolehkan anda mencetak apa-apa dokumen terus dari telefon pintar, tablet dan komputer anda tanpa perlu untuk anda memasang perisian lain. Memang cukup-cukup mudah.
  • Dakwat
Pelbagai teknologi diperkenalkan oleh pengeluar pencetak untuk memaksimumkan prestasi produk-produk keluaran mereka tetapi secara asasnya, pencetak memerlukan paling minimum tiga jenis warna untuk menghasilkan cetakan berwarna iaitu cyan, kuning dan magenta (CMY).

Pengeluar selalunya menambah satu lagi warna iaitu hitam (K) kerana mencetak warna hitam dengan hanya menggunakan dakwat CMY sahaja akan memberikan kualiti cetakan teks yang kurang memuaskan. Pembaca juga perlulah ingat, pencetak akan cepat habis dakwat warnanya jika pembaca mencetak sesuatu yang banyak menggunakan warna hitam sedangkan dakwat hitam pada pencetak itu telah habis.
  • Boleh Tak Nak Guna Dakwat Refill yang Bukan Dikeluarkan Oleh Syarikat Pengeluar?

Pengguna memilih untuk membeli dakwat dari sumber ketiga kerana ianya murah. Tetapi sebelum itu, nak pesan awal-awal untuk tanya pengguna yang telah menggunakan dakwat tersebut sebelum membelinya sendiri.

Ini adalah langkah keselamatan yang penting takut-takut pembaca membazir dengan membeli katrij dakwat yang tidak berfungsi atau lagi teruk merosakkan pencetak anda. Berhati-hati ya. Serahkan pada yang pakar.
Imej via support.hp.com

  • Istilah-istilah Lain
OCR – OCR atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah optical character recognition merupakan satu ciri pada pengimbas atau pencetak pelbagai fungsi yang membolehkan dokumen yang telah diimbas untuk di tukarkan kepada dokumen Word untuk tujuan suntingan. Walaupun biasanya fungsi ini hanya untuk dokumen bercetakan teks, ada juga pencetak-pencetak tertentu yang juga mampu untuk mengimbas dan menterjemah dokumen bertulisan tangan.

Wifi Direct/Wireless Direct – WiFi Direct menyediakan sambungan tanpa wayar antara pencetak dan perkakasan/gadget walaupun tidak berhubung pada rangkaian Wifi.


Nak menang barangan HP bernilai RM10,000 dengan mudah?

Jom sertai HP Little Makers: Family Edition


Bagaimana hendak sertainya?

Ambil gambar bersama keluarga anda bersama-sama dengan HP Little Makers anda.
Muat naiknya di Facebook atau Instagram dengan hashtags #HPMY #HPLittleMakers #HPDeskjet #ReinventLearning


Tempoh peraduan: Sekarang hingga 23 November 2019.




Subscribe to receive free email updates: