Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dijangka bertemu dengan ahli parlimen partinya di parlimen petang ini, menurut laporan berita.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mahu timbalannya Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung pertemuannya dengan sekumpulan ahli parlimen BN dan PKR malam semalam di kediaman rasminya di Putrajaya.
Malam tadi, adalah dilaporkan sekurang-kurangnya 22 wakil rakyat BN yang berbincang di rumah banglo Azmin Ali. yang juga adalah menteri ekonomi pada sekitar jam 9.30 malam dan perjumpaan berlangsung selama dua jam.
Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.
Mengulas pertemuan itu, Anwar berkata beliau tidak pasti sama ada mesyuarat itu diadakan atas kapasiti parti atau kerajaan.