Update PH KERAJAAN ZALIM, KELULUSAN JUALAN UNTUK RAKYAT DITARIK BALIK >> Berita Malay 18






“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) zalim.”

Itulah tegas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membidas tindakan kerajaan ekoran menarik balik kelulusan yang telah diberikan bagi program jualan barangan keperluan yang dijadualkan hari ini.

Jelasnya, progam jualan bersama Ahli Parlimen Putrajaya yang dirancang pada Selasa di Padang Komuniti Presint 9, Putrajaya terpaksa di batalkan kerana kelulusan ditarik balik oleh puak-puak yang berkuasa.




“Maaf rakyat Putrajaya kerana niat saya hendak meringankan beban rakyat tetapi tempat penjualan selepas diluluskan ditarik balik, tidak diberi kebenaran untuk mengunakannya, kita telah bayar sewa, telah beli barang-barang keperluan asas seperti beras, ayam, telur dan lain-lain tetapi lewat petang ini pegawai saya telah dimaklumkan mereka menarik balik kelulusan yang telah dibuat,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO-Online semalam.

Jelasnya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), program tersebut diadakan adalah untuk menjual barang keperluan kepada rakyat dengan setengah harga lebih murah dari harga pasaran.




“Dua hari telah dipilih 26 dan 27 November dan akan diadakan seterusnya tiap-tiap bulan. Inilah kerajaan yang berkuasa sekarang… saya tidak minta pun bantuan kerajaan cuma minta kebenaran penggunaan padang komuniti sebagai tempat jualan yang pada awalnya diluluskan tapi sekarang ditarik balik.

“Saya rasa sedih kerana sebagai wakil rakyat saya tidak dibenarkan mengunakan tempat yang dibina untuk rakyat dan untuk membantu rakyat. Inilah kerajaan hari ini, kerajaan zalim,” tegas beliau lagi.

Dilaporkan, program sedemikian bukanlah asing bagi warga Putrajaya kerana sebelum ini di bawah pentadbiran kerajaan lalu iaitu BN, jualan barangan keperluan harian untuk rakyat dilaksanakan dengan nama Program Jualan Sentuhan Rakyat yang dibuat secara berkala dan terancang bertujuan untuk meringankan beban kehidupan rakyat.


Subscribe to receive free email updates: