Update Apa itu Cikgootube? >> Berita Malay 18

CIKGOOTUBE? APA NI?

SEIRING kepesatan teknologi masa kini dan kepentingan kaedah pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan melancarkan SATU pasukan guru yang menjadikan You Tube sebagai medium penyampaian dan berkongsi pembelajaran dengan lebih berkesan dan kreatif.

Malah DI DUNIA, data terbaru memperlihatkan sebanyak 5 bilion video ditonton di You Tube setiap hari dengan peratusan demografik 62% pengunjung lelaki dan 38% wanita dan sebanyak 3.25 BILION JAM video ditonton di You Tube SETIAP HARI.
https://ift.tt/36AXOpw

Pasukan Guru ini diberi gelaran ‘cikgootube’ dimana, guru-guru ini menghasilkan video-video yang santai dan memudahkan murid untuk menerima input-input mata pelajaran. Ketika ini, pasukan cikgootube sudah mencecah 600 orang guru.

Video-video ‘cikgootube’ boleh di tonton di https://ift.tt/36tXGIa

Ybhg Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkata, “Ini adalah sejarah baharu buat pendidikan negara dan KPM. Satu permulaan baik bagi tahun 2020. Pemangkin masa depan, dimana 10 tahún ke hadapan, anak-anak kita boleh lihat kembali bahawa pendekatan ini mampu memberi input bagi pembelajaran sepenuhnya,”

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru di seluruh Malaysia, tidak kiralah dari Pra Sekolah hingga ke Menengah kerana terus berusaha mempelbagaikan cara inovasi bantu pembelajaran murid,” katanya

KPM terus mengolah pendekatan dalam meningkatkan kreativiti melalui penghasilan kandungan-kandungan dan melalui cikgootube ini adalah landasan terbaik kepada guru-guru untuk berkarya.

Tahniah Cikgoo!

Subscribe to receive free email updates: