Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk hentikan penguatkuasaan selama 3 hari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat, sabtu dan ahad. ini adalah untuk memberi ruang dan peluang untuk pekebun haram membawa keluar peralatan agar tidak musnah semasa proses pembersihan.
Tetapi mereka tidak dibenarkan berada semasa penguatkuasaan dijalankan iaitu pada isnin, selasa, rabu dan khamis kerana faktor keselamatan.
YAB Menteri Besar juga berkata ini akan berterusan sehingga proses penguatkuasaan berakhir yang akan memakan masa lebih kurang sebulan lagi.
Penguatkusaan ini dijalankan adalah untuk tujuan kelestarian Cameron highlands dan juga untuk mengelakkan pencemaran air di cameron Highlands yang digunakan oleh lebih kurang 30 ribu orang, berkata ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek sumbangan Kerajaan Negeri.
Pada majlis berkenaan YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 20 penerima yang terdiri dari individu dan juga NGO yang berjumlah keseluruhan RM120.280.00
Daripada 20 penerima itu 18 penerima adalah dari masyarakat kaum india di Negeri Pahang. Sumbagan itu telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang.