Update SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR >> Berita Malay 18

PENGHARAPAN YANG SANGAT BESAR UNTUK FAEDAH ISLAM.

 

Dikatakan bahawa SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR untuk mendaulatkan berbagai-bagai perkara tentang islam disambut dengan baik.

SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR menjadi tumpuan ummah yang sentiasa mengharapkan Ummah terjaga, Kedaulatan negara diambil berat, Identiti dan integrity tabdir urus yang sempurna, kebudayaan, kebebasan Keamanan, Keselamatan dan Pertahanan, Perdagangan dan Pelaburan, Teknologi dan sebagainya, menjadi harapan bagi rakyat.

dendangan ini bukan perkara baru ditelinga rakyat terutama di Malaysia, namun ianya habis ditelan masa dan terhakis di angin yang lalu.

 

Pemimpin datang dan pergi, cita-cita juga bersifat datang dan pergi, ia hanya untuk halua telinga dan sekadar hendak menyedapkan hati rakyat, tidak lebih daripada itu.

Pemimpin hanya buka mulur bercakap tentang islam dan ummah bermusim, ini semua untuk kepentingan politik dan kuasa. Sejak dari zaman  Khulafa Rashidin hinggalah sekarang, islam tetap terhina dan merempat.

Jika kita buka dan baca Al Quran, maka kita dapati ada petunjuk yang perlu difikirkan, iaitu: JIKA SERAHKAN ISLAM KEPADA YANG BUKAN AHLI, MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN ISLAM ITU. Ia hanya bagaikan tikus memperbaiki labu.

Di dalam perjumpaan bukan main lagi bercakap tentang Ummah, semuanya mahu dan mengaku untuk memperbaiki islam dan ummah, namun ia tidak bermenefa'at sedikitpun untuk faedah memperbaiki islam. Contoh yang paling baik ialah OIC.

 

Orang islam yang faham tentang penderitaan islam yakin dan percaya, selagi tidak kembali kepada Al Quran dan Hadis maka apa juga yang diucapkan pemimpin itu adalah batal dan sia-sia, ia hanya sekadar gatal mulut sahaja.

Dari zaman dahulu sehinggalah zaman kini tiada satu negarapun yang berjaya melaksanakan hukum Tuhan melalui kitabnya, yang kita dengan memang semua mahu kembali kepada Al Quran, namun akhirnya mereka hanyalah munafik-munafik yang sesat yang tundu dibawah pengaruh KAFIR.





Subscribe to receive free email updates: