Kerajaan negeri menyeru umat Islam di negeri ini mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan daripada sebarang wabak penyakit.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, walaupun tiada sebarang laporan mengenai wabak tersebut di negeri ini setakat ini, namun inisiatif tersebut diambil bagi memastikan negara tersebut dijauhkan daripada wabak dan segala jenis penyakit.
"Kita peka dengan situasi semasa dan bimbang wabak koronavirus ini 'ditembusi' (dijangkiti) walaupun Pahang masih tiada laporan mengenai penyakit tersebut.
"Jadi, kita menyeru supaya masjid kariah di seluruh Pahang mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat terdekat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, solat hajat juga akan dilakukan secara berjemaah pada waktu Maghrib selama seminggu.
"Semoga ALLAH melindungi 'immah' dari segala wabak, fitnah dan bencana," katanya.
Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu dijangkiti virus itu diperoleh daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh.
Ketiga-tiganya merupakan ahli keluarga terdekat kepada lelaki berusia 66 tahun yang disahkan positif wabak berkenaan di Singapura sebelum ini.
Related Posts :
Update KERAJAAN NEGERI PAHANG BANTAH RATIFIKASI ICERD >> Berita Malay 18
Kerajaan Negeri menyatakan bantahan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (… Read More...
Update [Video Isu ICERD - Dr. Maza] ICERD: Tiga persoalan utama antara realiti dan prinsip perlu dihalusi, kata Mufti Perlis. >> Berita Malay 18Jumaat, 16 November 2018
Kahkahkah! Jom kita tgok sapa yg khadam? Kalau ada tabung milo berkeliaran tu.. sedarlah kalian.. Razman masih be… Read More...
Update KERAJAAN NEGERI PAHANG BANTAH RATIFIKASI ICERD >> Berita Malay 18
Kerajaan Negeri menyatakan bantahan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (… Read More...
Update Bahasa Cina Mula Menjajah Shah Alam, MBSA Tiada Telor! >> Berita Malay 18
Shah Alam tempat CTS bermastautin adalah satu bandaraya yang unik. Bukan seperti Kepong, Jinjang, Bukit Bintang, Seputeh dan … Read More...
Update [Video Debaran kerusi Tok Mat diputus mahkamah hari ini] SEMBNAG BESAR gang lobai kelaroh ni? Nak bayar gaji PENJAWAT AWAM pun mencungap! 1MDB-DAH TAHU dia tu penipu, masih lagi nak percaya? >> Berita Malay 18Jumaat, 16 November 2018
Otai BERSIH
SENANG SAJA SIFIRNYA..
.KALAU KELANTAN MAJU,MAKMUR,BNYK PELUANG PKERJAAN UTK RAKYT, BNYAK PELABUR MA… Read More...