Isu tulisan Jawi ini tidak akan wujud sekiranya ia tidak dicipta dan dipaksa masuk ke dalam kurikulum pendidikan nasional oleh elemen-elemen politik dan birokrasi yang mempergunakan sentimen agama atau etnosentrisme Melayu untuk kepentingan tersendiri dan mengaut simpati politik.
Ia tiada kena mengena sama sekali untuk kebaikan mahupun kejayaan pendidikan anak-anak Malaysia, sama ada dari segi pendidikan kebangsaan mahupun venakular.
Tulisan Jawi bukan isu Bahasa Malaysia atau isu yang berkaitan langsung dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Tulisan Jawi adalah isu yang tiada bezanya dengan penulisan Sanskrit atau Latin yang telah pupus dari segi penggunaan, pengetahuan dan pendidikan.
Ia tidak sepatutnya mempunyai tempat sebagai subjek kurikulum wajib walau dari segi apa pun. Begitu juga penulisan-penulisan berbentuk warisan lama seperti Latin atau Sanskrit, tempat paling sesuai adalah sebagai subjek elektif mengikut keinginan pelajar sendiri.
Kualiti dan standard Pendidikan Kebangsaan Malaysia telah menurun dengan drastik setelah 30 tahun akibat kesan mempolitikkan pendidikan oleh pihak politik yang berkuasa ke atas sistem pendidikan kebangsaan.
Keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 daripada Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang diterbitkan baru-baru ini, yang menunjukkan kualiti pembelajaran pendidikan Malaysia jatuh jauh di bawah peringkat purata antarabangsa dari segi pembacaan, matematik dan sains, adalah isu yang sepatutnya diperbincangkan.
Tetapi ini langsung tidak dibincangkan sebaliknya Jawi menjadi isu hangat pendidikan di Malaysia. Apakah prioriti kementerian pendidikan dan kerajaan Malaysia? Keruntuhan sistem pendidikan anak-anak Malaysia atau Jawi?
Sememangnya ini menunjukkan betapa tanggungjawab pendidikan di Malaysia telah diabaikan dan mentaliti pembangunan pembelajaran negara telah dirosakkan atas kepentingan politik. Pihak Maju menyeru kementerian pendidikan dan Kerajaan Malaysia supaya isu Jawi ini di tutup dengan serta merta.
Ini kerana ianya tidak perlu wujud langsung melainkan untuk kepentingan politik dan dipergunakan secara sinis yang seterusnya memecah-belahkan masyarakat Malaysia dengan menggunakan emosi perkauman yang tiada langsung hasil positif untuk pendidikan anak-anak Malaysia.
Ini bukan isu bertolak ansur dengan mana-mana pihak. Ini adalah isu prioriti Pendidikan Nasional Negara dalam membentuk masyarakat yang berjaya untuk anak-anak kita, yang akan menjadikan Malaysia negara yang maju.
Jawi bukan prioriti dan bukan subjek atau isu yang sepatutnya menjadi perbincangan langsung dalam pembentukan pendidikan negara. Tiba masanya untuk sistem pendidikan Malaysia diperbincangkan dari segi kepincangan aspek-apek penting seperti pembacaan, sains dan matematik, bukan Jawi. - Siti Kasim
Yuran sekolah dikutip?
putaq belit pembangkang...
Orang kampong telah dihasut agar apabila menghantar anak2 ke sekolah nanti, jangan bayar satu sen pun yuran sekolah kerana janji PH adalah pendidikan percuma. Mereka diminta untuk viralkan salah satu ucapan di dalam ceramah oleh YB Salahudin Ayob sebelum PRU14 yang lalu yang mengatakan PH akan melaksanakan pendidikan percuma persekolahan.
Perlu diperjelaskan bahawa YURAN PERSEKOLAHAN memang tiada dikutip oleh pihak sekolah rendah atau menengah. Ini bukan perkara baru dan telah pun berjalan sebelum ini. Ertinya, TIADA YURAN SEKOLAH untuk sekolah rendah dan menengah.
Mengapa ada bayaran yang dikutip di sekolah? Di sini ramai yang tidak faham atau keliru. Apabila ibu bapa mendaftar anak masuk sekolah atau meneruskan persekolahan tahun baru, ibu bapa hanya perlu membayar duit membeli buku2 persekolahan dan duit yuran PIBG sekolah yang telah ditetapkan oleh PIBG sekolah berkenaan. Bagi ibu bapa yang layak menerima bantuan persekolahan seperti membeli buku dan sebagainya, kerajaan akan memberikan bantuan RM 100, dan lazimnya bantuan ini diberikan selepas beberapa minggu persekolahan bermula.
Bagaimana pula dengan yuran PIBG? Untuk makluman, PIBG tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan. PIBG adalah persatuan yang diwujudkan oleh pihak sekolah bersama ibu bapa. Pihak Kementerian tidak boleh campurtangan di atas apa jua keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat PIBG yang dihadiri oleh semua guru dan ibu bapa murid di sekolah berkenaan. Pengerusi PIBG sendiri pun dipilih melalui mesyuarat PIBG tanpa campurtangan kementerian. Kementerian hanya boleh memberikan nasihat atau pandangan sekiranya terdapat aduan dari mana2 pihak tentang PIBG.
Jumlah yuran PIBG tidak sama di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain kerana ianya bergantung kepada persetujuan ibu bapa dengan pihak sekolah di dalam mesyuarat PIBG. Yuran PIBG bukan WAJIB untuk dibayar, tetapi demi kebaikan anak2 di sekolah bagi menyertai program atau aktiviti yang pihak sekolah akan adakan, lebih baik ibu bapa membayarnya. Itu berupakan duit tabungan sekolah dan ibu bapa dan tidak boleh dipaksa. Justeru itu, amat penting bagi ibu bapa hadir di dalam mesyuarat PIBG sekolah agar mereka dapat menentukan jumlah yuran PIBG yang termampu dibayar oleh mereka dan mereka tahu duit itu digunakan untuk apa. Kebanyakan yang komplen tantang jumlah yuran PIBG ini adalah mereka yang tidak hadir mesyuarat PIBG, itu masalahnya.
Pihak Kementerian juga telah mengeluarkan arahan agar duit bantuan persekolahan RM 100 yang diberikan kepada ibu bapa yang layak itu tidak boleh diambil untuk membayar yuran PIBG tanpa persetujuan ibu bapa berkenaan. Duit itu adalah hak mereka dan terpulang kepada mereka untuk mengambilnya atau digunakan untuk membayar yuran PIBG. Pihak sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa untuk membayar yuran PIBG dengan menggunakan duit berkenaan.
Apa yang kerajaan PH janjikan tentang pendidikan percuma itu? Pendidikan percuma itu adalah kemasukan ke Universiti. Ya, janji ini memang belum terlaksana lagi. Namun, mengikut kata Menteri Pendidikan, pendidikan percuma untuk kemasukan ke Universiti kini di dalam kajian peringkat akhir. Rujuk di sini https://www.bharian.com.my/…/pendidikan-percuma-peringkat-u…
Sehubungan itu, menjadi harapan kita semua agar janji2 ini akhirya akan tertunai di dalam tempuh 5 tahun pertama PH memerintah. Sementara itu, pihak kerajaan seharusnya terus melihat apa jua perkara yang boleh meringankan beban ibu bapa di dalam bidang pendidikan ini. Bantuan makanan percuma untuk anak-anak sekolah harus dipuji tetap perlu pemantauan dan mengkajinya dari semasa kesemasa untuk memperbaiki apa jua kelemahan yang ada. - Wfauzdin ns
PAS Youth claims Dong Zong
being used by DAP, MCA...
PAS Youth information chief Khairul Nadzir Helmi Azhar claimed that the issue of Jawi lessons in vernacular schools had been deliberately played up by certain parties seeking to take advantage of the situation.
He said DAP and MCA are capitalising on the government’s weakness in handling the situation by using the United Chinese School Committees' Association (Dong Zong) as a political tool to garner Chinese votes.
He said prior to the issue being played up, the Malaysian Chinese and Indians have good relations with the Malays.
“[…] Since the government today is so weak, they have taken advantage – parties such as DAP and I dare say even MCA.
“They use petty issues to attract the attention of the Chinese win over their votes. How disgraceful these people are, for the sake of political interests.
“Don’t they know the consequences? If they use this, it will threaten our national unity,” he said.
Khairul was speaking to about 300 people who attended a rally to defend the Jawi script and call for Dong Zong to be banned, which took place in front of the Sogo shopping complex in Kuala Lumpur. The rally was organised by Malaysian Muslim Students Coalition (Gamis), and were joined by other groups including Umno Siswa, Gerakan Pembela Ummah (Ummah), and PAS.
The decision to hold the rally was made after the DAP stalwart Lim Kit Siang criticised Gamis for publishing a poster featuring the words “Let's be with Dong Zong, repeat the May 13, 1969 incident”.
The poster was amended to read "Let's be with Dong Zong, don't repeat the May 13, 1969 incident" following public backlash. The rally was supposed to begin with a march from Masjid Jamek, Kuala Lumpur, to Sogo.
As the group prepared to march, however, Gamis president Saifullah Baiduri announced that the march has been called off.
“To follow the advice of the authorities, I ask that we go to Sogo quietly without displaying our placards and flags.
“We will meet at Sogo and start our rally there,” he said.
The participants set off at 2.15pm to gather in front of Sogo, next to a group of buskers who were conducting their performances. Despite calls to remain silent while on the move, some participants shouted, “Long live Islam” and “Reject Dong Zong”.
Meanwhile, in an impassioned speech, Ummah deputy chairperson Mohd Zai Mustafa accused Dong Zong of advancing a communist agenda in its opposition to Jawi lessons. He said Malays do not resent Chinese and Indian, but Dong Zong’s "uncouth" attitude in disrespecting Malays.
“They live here and benefited from the Malays, and the root of the Malays is the Jawi script.
“[…] The excuse that teaching Jawi (would cause students) to convert Islam is ridiculous! It’s a stupid excuse!” he said in his speech.
He said if Dong Zong and "chauvinists" continue to oppose Jawi, Ummah will mobilise Malays nationwide to defend the script.
“If the Malays rise up, where is the position of the non-Malays? Is that what they want?” he said.
At this point, Mohd Zai’s firebrand speech seemed to have prompted street buskers performing nearby to stop playing, although earlier they had continued playing despite the ongoing rally next to them.
At a press conference later, Saifullah said if Dong Zong continues to raise issue with the Jawi lessons, Gamis would hold an even larger rally and send a memorandum to the Raja Permaisuri Agong. When asked, however, no date was given for the second rally to take place.
He was also evasive when asked whether the group had obtained permission to hold the rally, whereas the Dang Wangi OCPD Mohd Fahmi Visuvanthan had said yesterday that police were not notified of the rally. Saifullah merely said the group had been in contact with the police for "a long time".
Dong Zong was originally slated to hold a congress on Dec 28 last year to discuss the introduction of Jawi lessons in vernacular schools this year. However, the congress was cancelled after police obtained a court injunction against it, citing security concerns.
According to the Education Ministry’s guidelines, the schools’ Parent-Teacher Associations are to administer a survey to all pupils’ parents at the school to ask whether they agree that Jawi lessons should be implemented.
If more than half of the parents agree, then classes would be conducted on the three pages of Jawi lessons, which are part of the Bahasa Malaysia syllabus. There would be no examination on the topic. However, Dong Zong disagreed with the guidelines and wants schools’ board of governors to be given a say on the matter. - mk
Lebai takkan pernah senang hati sehinggalah orang² Melayu
TERMAKAN HASUTAN dengan kaedah FITNAH GUNA TANDA SOAL. - f/bk
cheers.