Dicabar tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak berani sedangkan itu janji manifesto Pakatan Harapan (PH) kononnya untuk siasat penyelewengan Tabung Haji (TH), bidas Ahli Kerja Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Bahkan katanya dicabar oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berdebat senyap juga kerana isu TH melibatkan ‘fakta dan angka’ bukan andaian dan persepsi.
“Akhirnya yang keluar dalam Malaysiakini ialah profail kehebatan Dr Mujahid (Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa-Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) sebagai seorang yang pantang dicabar.
“Tulisan Ali Mudaali Muda Pegawai Khas Mujahid mengenai geniusnya Mujahid semasa zaman pelajarnya menjadikan Mujahid satu level dengan Dr Maszlee. Spesis ego.
“Sedangkan rakyat mahu tahu kebenaran. Bukannya mahu tahu tentang keberanian dan geniusnya Mujahid. Tetapi kalau betullah kata Ali Mudaali bahawa Mujahid orang yang pantang dicabar maka sahutlah cabaran berdebat oleh Dr Asyraf,” gesa Dr Puad dalam satu hantaran di Facebook miliknya.
Ulas Dr Puad lagi, isu yang melingkari TH banyak melibatkan persoalan angka.
“Betulkah TH rugi RM17.8B semasa Barisan Nasional (BN). Betulkah berlaku defisit RM4.1B. Betulkah pentadbiran PH lebih baik. Kenapa hibah 2018 cuma 1.25%. Kenapa berterusan jual aset TH dan terakhir kenapa jual ladang sawit THP sampai 76.2%?
“Sebab itu kita mahu Mujahid terima cabaran debat itu,” ujarnya.
Tambah Dr Puad, jika tidak PH memang mahu menyembunyikan kegagalan mereka hanya pandai bercakap dan menyalahkan BN.
“Apakah Mujahid takut berdebat kerana dia tidak ada kuasa terhadap TH. Yang berkuasa ialah Lim Guan Eng dan Mujahid hanya boneka Guan Eng.
“Mujahid adalah menteri yang menjaga TH. Samalah dengan Asyraf semasa menjadi timbalan menteri. Mereka sama level.
“Kenapa takut? Soalnya.