Kerajaan Pahang akan menanggung kos yuran pendaftaran perkahwinan pasangan yang ingin mendaftar pernikahan mereka di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara ini sudah dibincangkan oleh pihaknya selepas terdapat lebihan dalam Bajet Pahang 2020 yang dibentangkan akhir tahun lalu.
“Oleh itu, kita akan pulangkan balik kepada rakyat. Antaranya kita akan buat adalah bagi yang akan melangsungkan perkahwinan kali pertama tidak perlu bayar yuran pendaftaran.
“Kerajaan Negeri akan bayar bagi pihak mereka kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Dijangka sebanyak RM3 juta akan diperuntukan untuk perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini semalam.
Beliau berkata, selain itu, Kerajaan Pahang juga merancang untuk membina dua rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.
“Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda sedang buat kajian dan pemilihan akan ditentukan oleh Pegawai Daerah.
“Ini semua akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang. Jika kita laksanakan semua ini dan ada lebihan serta kutipan hasil kita baik, lebih banyak benda lain untuk rakyat kita akan bagi,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Tugas Majlis Penasihat Kerajaan sudah tamat] TRANSGENDER vs TRANSPARTY? Pertemuan dua hala Tun M dengan presiden China Xi Jinping di Beijing, China & >> Berita Malay 18Selasa, 21 Ogos 2018
Tumpang sekole.
Azri Syah PRESIDEN CHINA ENGGAN TEMUI TUN M
Setelah 4 hari berada di China dalam us… Read More...
Update [Video Body Language: Ex. M'sia PM Najib And 1MBD Gifts & Senator Tak Puas Hati Jawapan LGE] THAEIK UMNO...Pemimpin BN mana yang minta 30% dari Pelabur China? Najib tak turun kempen? Elok lah tu, Umno dah ada kawan baru tu.. >> Berita Malay 18Selasa, 21 Oktober 2018
THAEIK UMNO
Dr M hopes 'sympathetic' China will help M'sia fix fiscal woes https://ift.tt/2BsNPYy
At his age,… Read More...
Update Gerakan Anti SST, Anti DAP - Dato' Wing Mun Kheong >> Berita Malay 18
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi dan disanjungi, dan juga kepada umat-umat Islam dan kepada sesiapa yang menentang wujudnya p… Read More...
Update Pesta laknat: Menteri bisu, takut (Menteri Tandas LGBT) >> Berita Malay 18
DUA laporan polis dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin, kerana didakwa menuduh dua menteri ke… Read More...
Update Perdana Menteri Malaysia Diberi Kata Dua Dalam Sidang Media Oleh China Premier >> Berita Malay 18
Terang-terang Perdana Menteri Malaysia dimalukan semasa sidang media bersama China Premier semalam. Sindiran yang sangat memalukan diser… Read More...