Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dalam memastikan sistem pengurusan sekolah terutama berkaitan dengan kurikulum mata pelajaran diurus tadbir dengan cekap dan berkesan.
Justeru, usaha ini juga dapat mendorong pengurusan panitia mata pelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Jemaah Nazir mengharapkan agar warga pendidik khususnya barisan hadapan pengurusan sekolah dapat memanfaatkan buku ini dalam menjayakan transformasi pendidikan negara seterusnya meningkatkan kualiti kemenjadian murid.
Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Sejarah:
i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai pemimpin kurikulum yang Profesional;
ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan pengetua dan guru besar menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan berkesan;
iii. Membolehkan Ketua Panitia Mata Pelajaran Sejarah mengurus dan mentadbir panitia dengan berkesan;
iv. Membolehkan guru Sejarah mengurus dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan berkesan;
v. Membantu guru bukan opsyen Sejarah memahami matlamat, objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata pelajaran Sejarah;
vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Sejarah) dalam pengurusan persatuan koakademik; dan
vii. Menjadi panduan kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia dan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah tentang cara meningkatkan penguasaan dan prestasi mata pelajaran Sejarah di sekolah
Buku Pengurusan Mata Pelajara Sejarah boleh dimuat naik di laman web KPM atau klik sahaja di SINI