Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menyaksikan ramai pengundi melahirkan rasa kecewa dan menyesal kerana telah tersalah undi.
Rata-rata pengundi yang ditemui ternyata mahu kembali mengubah tampuk pimpinan kerajaan negeri yang sekarang ini di bawah Parti Warisan bersama Pakatan Harapan (PH)
Bagi Mohran Ali Mohamad, 64, yang merupakan pengundi di Parlimen Kimanis, sejak Barisan Nasional (BN) wujud di Sabah, pelbagai bantuan telah diberikan kepada penduduk di sini.
“Dari dulu hanya BN yang membantu kami orang kampung jadi kami hanya setia kepada BN. Warisan pula hanya pandai janji tapi sudah dekat dua tahun, langsung tidak nampak apa-apa yang ditunaikan,” ujar beliau.
Junainah David Abdullah, 41, yang bakal membuang undi di PDM Batu Enam berkata, kehidupannya semakin tersepit apatah lagi dirinya tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Dulu lagi senang, walaupun saya tidak ada pendapatan tetap tapi kehidupan lebih mudah. Bila bertukar kerajaan, kehidupan saya semakin susah sebab harga barang naik. Kali ini saya akan ubah balik dan akan undi BN,” tegasnya.
Demikian juga bagi Joseph Ungi, 25, yang melahirkan rasa kesal kerana telah terpedaya dengan janji-janji PH dan Warisan pada PRU-14 yang lalu.
“Betullah orang cakap, orang tamak selalu rugi dan kini kami rakyat Sabah yang rugi. Kononnya mahu yang lebih baik tapi rupanya BN adalah yang terbaik,” ujarnya penuh kesal.
Related Posts :
Update [Video Amerika dibantu SABAH tak dibantu! Shafie Apdal buat Najib MENGGIGIL! Umno Sabah telan air liur & putih mata!] PENGUNDI UNTUK DISEWA? >> Berita Malay 18Isnin, 2 Oktober 2017
WAJAH AHLI PKBS(Persatuan Keling-Bugis Sabah) Mungkin MIC yang dipimpin SAMYVELLU akan kehilangan kuasa kerana sema… Read More...
Update Tian Chua dan makna keadilan... >> Berita Malay 18
Tian Chua mula tidur di dalam sebuah sel penjara. Tidur di dalam sel sama sekali tidak nyaman.Tiada kipas angin, hanya tingkap kecil buat… Read More...
Update [Video Najib Manusia PALING KORUP! PRU14 HARAPAN akan SAPU BERSIH!] Najib, Zahid PENAKUT & SIBACUL ini tak berani nak luluskan pendaftaran PH. >> Berita Malay 18Isnin, 2 Oktober 2017
Najib, Zahid takut, bacul tidak luluskan pendaftaran PH, dakwa Tun M
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir M… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/10/update-video-husam-ulas-ta-awun-pas.html">Update [VIDEO] Husam Ulas TA AWUN PAS 'DIPANAH PETIR" dan Surat Mustafa Ali Bantah Hubungan Dengan UMNO >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Najib Tahu Akan Dipenjara Jika PH Menang] Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan & Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1. >> Berita Malay 18Ahad, 1 Oktober 2017
Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1 – Mohd Ammar Atan
Umum mengetahui bahawa Jabatan Keadilan (… Read More...