Sejurus selepas mendapat laporan kebakaran rumah penduduk, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang juga ADUN Tioman terus bergegas menziarahi penduduk yang ditimpa musibah kebakaran itu di Kampung Tekek, Pulau Tioman semalam.
Beliau telah menyampaikan bantuan segera dari Kerajaan Negeri Pahang dan bantuan peribadi bagi meringankan beban 7 keluarga yang telibat dalam kebakaran itu.
Beliau juga telah mengadakan perbincangan bersama penduduk dan JKKK Kampung Tekek dalam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk penempatan sementara kesemua penduduk yang terlibat. Sebahagian mangsa kini ditempatkan di Balai Bomba Kampung Tekek.
Kerajaan Negeri Pahang yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail sentiasa mengambil berat masalah rakyat dan akan melakukan yang terbaik dalam membantu penduduk terutama yang sedang ditimpa musibah.
Sama-samalah kita doakan semoga kesemua mangsa kebakaran ini diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah, Kerajaan Negeri Pahang akan terus memantau dan memberi perhatian sewajarnya.
Related Posts :
Update [Video Pas Bantah Pesta Arak Tapi Terima Perompak Duit Asalkan Melayu Bukan Cina DAP] Dr Wan Azizah rayu jangan rosakkan undi kerana Dr Mahathir. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update GOBIND SINGH DEO-SKUDAI:MENGAPA NAJIB RAZAK MASIH TAK DISIASAT (100 HARI MENUJU PUTRAJAYA) >> Berita Malay 18
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
… Read More...
Update [Video Tawan Perak, HARAPAN ke Putrajaya cerah] Makin dekat tarikh pilihanraya, wajah sebenar Pas kian terserlah. >> Berita Malay 18Ahad, 28 Januari 2018
Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak.
Malaysia … Read More...
Update [Video Huh, Najib Umno 'Semedang' Tipu Rakyat! Diratibnya Ekonomi Baik Tapi Masih Kenakan GST Demi Bayar Hutang 1MDB] Dr Mahathir dan Ku Li jadi tarikan di majlis kenduri kahwin. >> Berita Malay 18Ahad, 28 Januari 2018
Dr Mahathir dan Ku Li jadi tarikan di majlis kenduri kahwin
Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan bekas menteri … Read More...
Update [Video AKAUNTAN FORENSIK-Sebab Najib terpaksa MENGAKU 1MDB gagal] SIKAP pimpinan Pas yang KLUK klek (berdolak-dalih)! ‘Kalau tidak mahu kuasa, tidak usah bertanding’. >> Berita Malay 18Ahad, 28 Januari 2018
‘Kalau tidak mahu kuasa, tidak usah bertanding’
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyelar sikap pimpinan Pas yang ber… Read More...