Sumber: Latheefa lepas jawatan ketua SPRM beberapa hari lalu
Lima hari selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia, tersebar khabar mengatakan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletak jawatan.
Hal itu mula diperkatakan malam ini ekoran beberapa laporan media mengenai Latheefa Koya.
Menurut sumber Malaysiakini, Latheefa - yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM oleh Dr Mahathir Mohamad - membuat keputusan untuk meletak jawatannya beberapa hari lalu.