Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah kes positif COVID-19 tertinggi di dunia melepasi China dengan 82,404 kes keseluruhan.
COVID-19: Amerika Syarikat kini nombor satu di dunia, dengan lebih 82,000 kes positif
BILANGAN kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Khamis.
Ia menyaksikan pertambahan 59,089 kes dalam tempoh 24 jam, berbanding 466,955 kes pada Rabu.
Buat pertama kalinya juga, Amerika Syarikat (AS) mengatasi China dan Itali untuk muncul sebagai negara paling ramai kes positif COVID-19.
AS mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes sebanyak 17,119, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404.
New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas teruk di negara Uncle Sam itu.
Angka kematian di Amerika Syarikat pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes.
Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat jam 6 pagi waktu Malaysia, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes.
China setakat Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan dan hanya mempunyai pertambahan kes import.
Sementara itu, Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kes kematian paling tinggi di dunia dengan 8,215 mangsa.
Ini diikuti dengan Sepanyol dengan jumlah 4,154 kes, manakala China 3,169 kes.
Secara keseluruhan, jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencapai angka 526,044 kes dengan 23,709 kematian.
Bagaimanapun, terdapat 122,066 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Pandemik COVID-19 kini telah menular di 175 negara setakat ini.
Related Posts :
Update Jom lihat Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico >> Berita Malay 18
Terowong rahsia dadah Mexico. Orang yang paling dikehendaki lagenda raja dadah Joaquin Mexico "Shorty" Guzman, berjaya ditan… Read More...
Update [Video PAS iri hati, pernah runding sertai kita...tak nak] SIAPA ARAH Bunuh Altantuya? Jangan Lupa BOSSKU! DAP sokong kalau Fadzil Noor atau Nik Aziz jadi PM menanti, BUKAN Hadi. >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
TS.
DAP sokong kalau Fadzil Noor atau Nik Aziz jadi PM menanti, bukan Hadi
Secara halus dan licik, Presiden PAS… Read More...
Update [Video Tiada alasan lantikan politik dalam GLC - Ambiga] Muhyiddin tepis dakwaan Dr M tidak yakin dengan calon PH & Tun akan turun berkempen hari ini. >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
Muhyiddin tepis dakwaan Dr M tidak yakin dengan calon PH
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan … Read More...
Update [Video BBC Hardtalk Syed Saddiq] BSHR 2019 pembayaran dibuat selepas Tahun Baharu Cina! AMANAH hari ini mengumumkan penubuhan sembilan cawangan baru di Cameron Highlands & 5 cawangan majoritinya kaum India, 2 cawangan mskt Melayu dan 2 cawangan Orang Asli. >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
Pakatan Harapan - Negeri Perlis
Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak: Menteri Ke… Read More...
Update [Video Muhyiddin Yassin Jawab Tuduhan Orang UMNO ''Tiada Siapa Boleh Ubah Perlembagaan Malaysia''] >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
… Read More...