Update A Samad Said bercita-cita ingin mati atas sejadah >> Berita Malay 18
A Samad Said bercita-cita ingin mati atas sejadah: MUKADIMAH Tidak ramai yang tahu kisah bagaimana surat Datuk Seri A Samad Said kepada Said Zahari dibuang ke lantai oleh Pengarang akhbar Utusan Melayu itu semata-mata kerana meminta gajinya dinaikkan RM10 sebulan. Kejadian itu berlaku pada awal tahun 1960-an. Kepayahan hidup seperti itu adalah sebahagian daripada pengalaman yang terpancar dalam karya-karya Sasterawan Negara itu, bermula daripada novel Salina sampailah karya puisi Al-Amin.