Update Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan PdP ketika PKP COVID-19 >> Berita Malay 18

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu siaran berkaitan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan wabak jangkitan COVID-19.

KPM telah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 27 Mac 2020 berhubung pelaksanaan PdP berikutan perlanjutan tempoh PKP bagi menzahirkan komitmen KPM dalam memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat. Bagi maksud ini GURU TIDAK DIBENARKAN KE SEKOLAH dan hendaklah melaksanakan semua tugasan DARI RUMAH.

Garis panduan ini ini juga dikeluarkan bagi tujuan memastikan:

  • Proses PdP berlaku seperti yang dirancang dalam keadaan selamat
  • Pengetua, Guru Besar hendaklah memastikan proses PdP dapat dilaksanakan secara teratur dalam tempoh PKP
  • Ibu bapa/penjaga bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan kelangsungan pembelajaran anak walaupun anak mereka tida dapat ke sekolah.

Muat Turun: Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Subscribe to receive free email updates: