Update “I miss my son” - Raja Permaisuri Agong luah rasa rindu ketika lalui tempoh kuarantin COVID 19 >> Berita Malay 18

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ketika bergambar bersama Anakanda-anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah (kiri), YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah di Istana Negara. Foto 2 APRIL 2019
“I miss my son” - Raja Permaisuri Agong luah rasa rindu ketika lalui tempoh kuarantin

Tunku Azizah meluahkan rasa rindu terhadap Tengku Hassanal menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

TEMPOH 14 menjalani proses kuarantin ternyata memberi kesan kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Perasaan rindu itu dizahirkan di akaun instagram baginda airtangan_tunkuazizah apabila gambar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  disertakan dengan kapsyen menyentuh hati.

"I miss my son," demikian luahan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi media sosial pagi Ahad.

Ia susulan video yang dimuat naik Pemangku Raja Pahang itu bagi menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di laman sosial Instagram baginda.


Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib baginda dan berharap agar mereka dipertemukan dalam masa terdekat.

"Semoga Allah permudahkan kita semua dan semoga rindu Tuanku pada orang tersayang akan diubati. Insya-Allah mudah-mudahan Alhamdulillah," kata Raja Nurul Ain.

"Sabar. Istighfar banyak-banyak Tuanku. Moga Tuanku kembali sihat," kata Razza.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ketika bergambar bersama Anakanda-anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah (kiri), YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah di Istana Negara. Foto 2 APRIL 2019

Ketika ini, Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih dalam proses menjalani kuarantin selama 14 hari mulai Khamis lalu selepas tujuh kakitangan Istana Negara disahkan positif wabak berbahaya itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Seri Paduka berdua telah menjalani tapisan kesihatan dan pengesanan virus itu, yang kemudian disahkan negatif.

Sementera itu, Tengku Hasanal menerusi video berdurasi hampir seminit yang dimuat naik di akaun this.7 itu dirakamkan di Pekan dekat sini, merupakan inisiatif baginda yang terharu dengan pengorbanan pasukan kesihatan dan keselamatan negara yang bertugas tanpa mengira waktu dalam mendepani situasi getir ini.

Dengan mengenakan seragam tentera, Tengku Hassanal memulakan rakaman video itu dengan berdiri di hadapan 'papan tanda' buatan sendiri yang tertera perkataan 'Frontliners', 'Thank You', 'Stay Home', 'Terima Kasih' dan 'Duduk Rumah'.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan kesyukuran kepada semua barisan hadapan yang bertugas di semua hospital. Anda memang berani.

"Saya juga mendoakan agar semua menjaga kesihatan diri sendiri supaya Covid-19 ini berjaya dihapuskan dan semua ribuan nyawa diselamatkan. Sekali lagi terima kasih 'frontliners'," titah baginda.

Tengku Hassanal turut berkenan menasihatkan rakyat agar duduk di rumah, kekal sihat dan kekal selamat yang merupakan nasihat kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Selain rakaman titah Tengku Hassanal, video itu memuat naik beberapa keping gambar doktor dan jururawat bertugas di hospital serta pasukan keselamatan mengadakan sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Subscribe to receive free email updates: