Kucing kesayangan milik Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair yang diberi nama Toni mati dipercayai akibat merindui kehadiran tuannya.
Berita sedih itu dikongsi di laman Instagram penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang memberitahu kucing itu mengalami kesukaran untuk makan dan menjadi lemah selepas suaminya ‘pergi’ pada 18 Februari lalu.View this post on Instagram
“Dear Toni, terima kasih kerana membawa keceriaan di rumah kami selama ini. Kucing paling pandai dalam rumah ini. Masa kegemaran awak apabila didukung daddy sambil melihat cicak.
“Saya faham kamu sudah melalui kesusahan, dua bulan sukar bagi kamu. Tidak memahami apa yang berlaku. Ia menjadi sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.
“Tapi kamu adalah pejuang sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih hadir dalam hidup kami.
“Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana,” tulisnya dengan memuat naik sekeping gambar kucing tersebut.
Posting berkenaan dihujani pelbagai reaksi warganet yang rata-rata turut bersedih atas pemergian Toni serta mendoakan supaya BCL dan keluarga tabah menghadapi hari-hari mendatang.
Posting ibu arwah
View this post on Instagram
Arwah menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta dipercayai akibat serangan jantung.
Sumber : Bunga Citra Lestari