Update Lama menghadap komputer/telefon pintar boleh percepat tua, merosak kulit muka >> Berita Malay 18

COVID-19 menyebabkan jalan lengang kerana perintah berkurung di rumah walaupun selamat dari panahan cahaya matahari, pendedahan kepada cahaya skrin computer and telefon pintar beri kesan tua pada muka. - Gambar REUTERS
Lama menghadap telefon pintar boleh percepat tua, merosak kulit muka?

KECENDERUNGAN duduk menghadap komputer atau telefon pintar akibat terkurung di rumah elak pandemik COVID-19 terlalu lama, membawa kesan kulit muka bakal cepat nampak tua.

Dalam suasana tertekan terpaksa hidup terkunci dalam rumah (lockdown), timbul berita ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kulit muka akibat terdedah kepada cahaya lampu biru dari skrin komputer atau telefon pintar.

Cahaya biru memang wujud, terkandung dalam panahan pancaran matahari. Tumpuannya bertambah dalam rumah dari punca peralatan seperti lampu kalimantang dan lampu LED, skrin LED dan telefon pintar.

Akibat terkurung berminggu minggu lamanya, bahaya kini meningkat bagi individu yang menghadap skrin komputer atau telefon pintar berlebihan.
Channel News Asia yang memetik kajian global 2019 oleh kumpulan pemasaran 'We Are Social' mendedahkan, warga Asia menghabiskan lebih tujuh jam menguna kemudahan Internet sehari. Ini ditambah dengan lebih dua jam berlegar-legar di laman sosial.

Pandemik COVID-19 yang mengakibatkan pengurungan di rumah menambah jumlah masa pendedahan kepada cahaya biru ini dengan mendadak dalam kalangan warga kerja mahupun ahli keluarga.

Cahaya biru ini bukan sahaja membawa kesan tegang kepada mata tetapi juga merosak kulit yang cepat menua dan mengalami pigmentasi.

Lain dari cahaya ultra ungu (UV rays), cahaya biru mampu menembus kulit hingga menjejaskan lapisan kolagen dan elastin. Pendedahan pada kadar yang melampau mengakibatkan hilangnya ketegangan kulit dan timbul garis kedut.

Channel News Asia memetik pakar kulit Dr Teo Wan Lin yang memberi amaran tentang bahaya cahaya biru dari skrin komputer dan telefon bimbit yang berlebihan.

“Pendedahan kepada cahaya biru ini akibat masing masing menghabiskan masa bermesyuarat melalu video atau menonton berlebihan mengundang bahaya penuan,” katanya.


Subscribe to receive free email updates: