Update Malangnya COVID-19 boleh dijangkiti melalui kontak rapat dengan haiwan peliharaan >> Berita Malay 18

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Jauhi haiwan peliharaan elak dijangkiti Covid-19

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada haiwan peliharaan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 bawaan binatang tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, haiwan yang dijangkiti virus berkenaan boleh menjangkiti manusia.

"Kita nasihatkan agar semua elakkan kontak rapat dengan haiwan," katanya.

Menurutnya, terdapat tujuh jenis koronavirus yang boleh menjangkau haiwan dan manusia antaranya sindrom pernafasan akut teruk (SARS), Mers- CoV dan juga Covid-19.

"Iya, manusia boleh dijangkiti Covid-19 melalui haiwan," katanya.

Beliau berkata, individu yang positif Covid-19 disaran membawa haiwan berkenaan ke pusat Veterinar untuk melakukan saringan.


"Biar doktor (veterinar) melakukan ujian kepada haiwan berkenaan," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia, harimau Malaya betina dijangkiti Covid-19


Semalam, BBC News melaporkan Harimau Malaya betina berusia empat tahun yang ditempatkan di Zoo The Bronx, disahkan Covid-19.


Haiwan diberi nama Nadia itu dipercayai mendapat jangkitan virus itu daripada penjaga di zoo berkenaan.


Sebelum ini, terdapat dua kes positif Covid-19 melibatkan anjing peliharaan di Hong Kong selepas pemiliknya disahkan positif wabak berkenaan.

Subscribe to receive free email updates: