Update Penjawat awam pinjam bank RM213,000 untuk selesai 'kes judi' >> Berita Malay 18
Penjawat awam pinjam bank RM213,000 untuk selesai 'kes judi': KEPALA BATAS - Seorang penjawat awam terpaksa menanggung hutang bank selama 10 tahun gara-gara membuat dua pinjaman bank berjumlah RM213,000 selepas terpedaya dengan taktik Macau Scam yang mendakwa kononnya dia terlibat dengan kes perjudian dalam talian. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 39 tahun itu bertindak sedemikian selepas menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuantan, Pahang pada November tahun lalu.