Update Raut Wajah Gembira Tak Terhingga Dapat Bantuan Lelaki Tua OKU Ini Meruntun Hati Semua Orang >> Berita Malay 18

Senyuman paling indah adalah senyuman seseorang dalam berjuang melawan air mata😌
Raut Wajah Gembira Tak Terhingga Dapat Bantuan Lelaki Tua 0KU Ini Meruntun Hati Semua Orang

Setiap negara di dunia ini sedang berjuang dalam menangani wabak COVID19. Langkah yang diambil oleh setiap negara sudah tentu mengharapkan agar rakyatnya tinggal dirumah dan menjalani tempoh getir ini dengan penuh sabar.

Susulan daripada itu, ramai insan yang terjejas kerana pendapatan mereka berkurangan berikutan tidak dapat hadir ke tempat kerja disebabkan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan berlaku.


Oleh itu, ada sebahagian besar rakyat terpaksa mengharapkan bantuan untuk mengisi perut. Peranan insan yang berhati mulia sangatlah ditagih mereka ketika ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dari Filipina, dia telah memberikan sedikit sumbangan kepada seorang lelaki. Namun, senyuman terima kasih daripada lelaki itu begitu menyebakkan.


Daripada muat naik tersebut, pengguna Facebook tersebut memberikan sumbangan kerana meraikan hari ulang tahun ahli keluarganya. Jadi dia mencari beberapa orang keluarga untuk mengedarkan sumbangan ihsan kepada mereka yang memerlukan.

Senyuman lelaki warga emas yang juga seorang insan kurang upaya apabila menerima bantuan benar-benar menyebakkan kerana tergambar ucapan terima kasih daripadanya yang tidak terhingga.

Ketika ini, Filipina telah mencatatkan 2,633 kes positif COVID19 dan seramai 107 kematian telah dicatatkan. Susulan daripada itu, Presiden Filipina telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis dan tentera agar menembk matl sahaja insan yang degi dengan keluar rumah tanpa tujuan semasa lockdown dijalankan.



Subscribe to receive free email updates: