Remaja lelaki berusia 13 tahun itu meninggal dunia di London pada Isnin selepas disahkan positif COVID-19. Reuters picture.
COVID-19: Remaja 13 tahun meninggal dunia, korban termuda di UK
SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun yang disahkan positif COVID-19 meninggal dunia di King’s College Hospital, London pada Isnin.
Ismail Mohamed Abdulwahab dari Brixton di selatan London dipercayai menjadi pesakit termuda yang maut akibat koronavirus di negara itu.
“Dengan penuh dukacita, seorang remaja berusia 13 tahun yang didapati positif COVID-19 telah meninggal dunia. Kami ucapkan takziah kepada keluarganya,” menurut King’s College Hospital dalam satu kenyataan, lapor Reuters.
Dakwa keluarga Ismail, remaja tersebut tidak menghidap sebarang penyakit lain dan disahkan positif koronavirus pada Jumaat lalu, sehari selepas dia dimasukkan ke hospital.
Ismail dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan beberapa simptom, termasuk sesak nafas.
“Dia menggunakan ventilator dan kemudian diletakkan dalam keadaan koma oleh pasukan perubatan, namun meninggal dunia pada Isnin pagi.
“Pada pengetahuan kami, dia tidak mempunyai sebarang masalah penyakit. Kami amat berdukacita," kata keluarganya dalam kenyataan tersebut.
Sehingga Isnin, angka kematian yang dicatatkan di UK adalah 1,789 orang dengan 381 kes disahkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Kajian Imperial College London mendapati bahawa golongan warg emas lebih berisiko untuk dijangkiti koronavirus serta memerlukan rawatan kritikal.
Kurang daripada lima peratus kes COVID-19 bawah umur 50 memerlukan rawatan hospital, namun keadaan ini meningkat kepada 24 peratus bagi golongan umur 70-79 tahun.
Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pada Selasa, statistik negara menunjukkan dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif koronavirus adalah dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.
Kumpulan muda itu dikaitkan dengan pelajar Malaysia yang pulang dari luar negara manakala kumpulan 50-an itu mungkin terdiri daripada ketua keluarga yang sering keluar membeli barangan keperluan rumah.
Related Posts :
Update 212 beg tangan berjenama HERMES aje bernilai RM47 juta? Kaya sungguh kak Ross! Di mana Cuepecs & Azih Muda ketika KWSP, KWAP dan agensi-agensi melibatkan penjawat awam dirompak habis2an NajibBN? [Video PAS GUNA DUIT UMNO PADA PRU14?] >> Berita Malay 18Sabtu, 18 Mei 2019
Jom Channel
Deposit itu telah didokumenkan dengan jelas dan tidak ada penafian oleh UMNO atau Shamsul bahawa dia mendepo… Read More...
Update Mazlee dah keluarkan kenyataan PTPTN tak laksanakan sekatan keluar negara! Wan Saiful & Mastura ni ketua dasar & operasi PTPTN mesti bertanggungjawab! Macaibodo? Macai Umno kaki tipu dan mudah kena tipu? Ekeke! [Video Naratif rasis baru yang melanda Malaysia] >> Berita Malay 18Sabtu, 18 Mei 2019
KiniTV
Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa terdapat naratif rasis baru yang melanda Malaysia, yang merangk… Read More...
Update PKR buat laporan polis siasat Ketua Pengarah Yapeim buat ugutan! Inilah kerja bangsat UMNO selama ini & Pergilah cari kerja dgn DAP [Video Yapeim akui mungkin ada salah laku pengurusan] >> Berita Malay 18Sabtu, 18 Mei 2019
Antara ucapan ugutan beliau.. "Saya akan periksa semua staff Yapeim dgn SPR satu persatu di mana anda mengundi dan men… Read More...
Update Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim >> Berita Malay 18Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim: Menerusi video yang tersebar, Abibullah didakwa memberi amaran agar kakitangan yayasan it… Read More...
Update Apa dah jadi BONUS raya negeri Kelantan, Terengganu, Perlis & Sabah weiii? Musuh dalam selimut pun orang tak simpan, INIKAN PULA MUSUH YANG NYATA dalam YAPEIM dan PTPTN! [Video KETUA PENGARAH YAPEIM PERLU DISIASAT] >> Berita Malay 18Sabtu 18 Mei 2019
Jom Channel
Ini ekoran daripada klip video ucapan beliau yang memberi amaran kepada kakitangannya supaya tidak mengundi P… Read More...