Perhatian, berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP.
Kini, KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian.Cara-caranya adalah :
1 – Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/



4 – Bagi yang ingin semak status pengeluaran i-Lestari, klik Semak Status Permohonan di halaman utama https://ilestari.kwsp.gov.my/
Ada yang sudah buat pengeluaran di i-akaun mendapat notifikasi lulus dan hanya perlu tunggu pihak KWSP uruskan pemindahan bulanan tersebut. Mungkin data-data juga sedang dikemaskini, jadi semua ahli KWSP perlu sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan di laman sesawang serta media sosial KWSP.
Sila Pastikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit adalah betul dan tepat. Permohonan melalui e-mel/ pos akan mengambil masa bagi memastikan butirannya adalah betul dan tepat. Semakan status permohonan boleh dibuat dari semasa ke semasa.



Status untuk permohonan daripada i-Akaun ePengeluaran i-Lestari adalah sehari lewat.
Ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i-Akaun atau menghantar emel untuk servis-servis berikut:
- Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: ilestari@epf.gov.my
- Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: ilestarimohon@epf.gov.my
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: iakaundaftar@epf.gov.my
- Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: ve2020@epf.gov.my
- Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry
Ahli boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.