Update DAH LA TU, CAKAPPUN DAH LINTANG PUKANG >> Berita Malay 18

KONA SANA KONA SINI, TAK MENJADI, ATE ? LETAK LA JAWATAN, ATE ? NAPA TAK BAGI ANUAR ? 

MANA NGAKU MENYESAL, BILA MUHYIDDIN DAH SAMBAQ, NAK BUAT MACAM MANA LAGI ?

MASALAHNYA LAGU MANA NAK BUAT ? KONA SANA KONA SINIPUN TAK LEH NAK BAGI PADA EHEM, EHEM,

LA NI DAH TAK ADA APA-APA DAH. CISS SILAP AKUUUUU ! 

GOPOOOH !

'Kalau mahu khianat mandat rakyat, saya sudah jadi PM untuk PN'
 Malaysiakini
Kenapa tak bincang dengan PH?

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan kenyataan terbaru Mahathir.

Kata Najib, sekiranya benar Mahathir tidak berniat mengkhianati PH, beliau akan berbincang dengan PH sebelum meletakkan jawatan.

"Adakah Mahathir memaklumkan mereka sebelum bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri ?

"Tidak. Kenapa? Beritahu secara jujur apa sebenarnya yang berlaku ketika itu," katanya.

Untuk rekod, Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini direkodkan sebagai berkata mengetahui hasrat Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Namun, tidak dinyatakan sama ada keputusan itu dibincangkan oleh PH atau tidak.

Tidak lama selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, Mahathir kemudian meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Bersatu bagaimanapun menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi.

Jawatan pengerusi Bersatu kini menjadi pertikaian apabila Muhyiddin melantik dirinya sebagai pemangku pengerusi dan mengabaikan penolakan peletakan jawatan Mahathir sebelum ini.

Subscribe to receive free email updates: