Alhamdulillahi rabbil a’lamin wa bihi nasta’in. Selawat dan salam ke atas Muhammad, Rasul junjungan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Aidilfitri dan Salam Sejahtera.
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Walillah hil hamd.
Dimulai dengan kalam takbir sebagai menandakan tibanya detik kemenangan meraikan Hari Lebaran bulan kemuliaan dan kemenangan yang ditunggu-tunggu setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa.
Setelah sebulan kita berpuasa, kita sebenarnya telah berjihad dalam mengekang hawa nafsu sambil menyemai perasaan belas kasihan kepada golongan yang susah dan serba kekurangan di kala dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.
Sejak dua bulan yang lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail juga berterusan membantu dan membela nasib rakyat.
Di hari baik, bulan baik ini, saya ingin menyeru agar jangan kita alpa. Teruslah berwaspada. Amalkan tabiat penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai facemask di kawasan awam dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala. Sambutlah perayaan pada tahun ini dengan mengamalkan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul dan tidak bersalaman di hari lebaran pada tahun ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota dan petugas keselamatan, kesihatan, kebersihan, kebajikan dan NGO yang terus menjalankan tugasan hakiki sepanjang tempoh PKP hingga kini bagi memastikan keselamatan rakyat Pahang dan penduduk di DN Bebar amnya terjamin.
Akhir kalam, saya dan seisi keluarga, dengan penuh tawadhuk di hati menyusun sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kekhilafan, zahir mahupun batin kepada seluruh penduduk di Dewan Negeri Bebar dan kepada yang mengenali saya.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
#KerajaanNegeriPahang
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-video-dikir-barat-kelate-kito.html">Update [Video Dikir Barat "Kelate Kito"] Walaun sekalian usah tertipu dengan 'tin ICERD/tin milo', jadikan kes Edi Rejang sbg pengajaran & Mengapa Tun M mengibas kembali peristiwa 9 Mei lalu? Rupanya UMNO dan Pas untuk memancing Ahli Parlimen Melayu/Islam daripada PH untuk melompat parti. >> Berita Malay 18Rabu, 21 November 2018
Otai BERSIH
PM tolak ICERD!
TPM tolak ICERD!
PH tolak ICERD!
Presiden PKR tolak ICERD!
Amanah tolak ICE… Read More...
Update [Video Rasis MEMBAKORRR rakyat! NGO baru beri amaran keras kepada 'bangsa DAP'! Wu yooo habis lah Umno, Rantau terlepas lagi] 'RINDU OPERASI LALLANG' Tak banyak beza antara zahid, hadi dan waytha moorty - musuh perpaduan. >> Berita Malay 18Rabu, 21 November 2018
tumpang sekole.
RINDU OPERASI LALLANG
Sentimen bangsa dan ugama sedang ditiup oleh puak yang salah, diperdagangk… Read More...
Update [Video AMANAH menjadi kerajaan kerana kita bersama PKR, DAP dan Bersatu] ICERD: PM kena jawab di Parlimen, jawaban Waytha Moorthy gagal. >> Berita Malay 18Rabu, 21 November 2018
AMANAH menjadi kerajaan kerana kita bersama PKR, DAP dan Bersatu
AMANAH menjadi kerajaan kerana kita bersama PKR, D… Read More...
Update [BENARKAH DIA RBA DAP?]Lakonan Edi Rejang TIDAK MENJADI >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Perlembagaan negara lebih tinggi daripada ICERD >> Berita Malay 18
Siti Nursyahidah Abu Bakar
21 November 2018
Sinar Harian
Ramlah
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk neg… Read More...